CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Wednesday, December 22, 2010

Srikandi Cintaku

awak ingat tak dulu
masa zaman kita kecik-kecik
awak selalu buli saya
sorok selipar saya waktu balik mengaji
sorok beg saya masa kat kelas
sampai saya nangis-nangis baru awak pulangkan


lepas tu naik sekolah menengah
kita makin rapat
mungkin takdir kita dapat duduk kelas sama
walau tak duduk betul-betul sebelah awak
tapi meja awak tepi saya
jadi masih sebelah awak
waktu rehat kita pergi kantin sama-sama


bila dekat nak exam kita study sama-sama
kalau tak pun study dengan kawan-kawan lain
habis study awak teman saya balik
sampai depan rumah


lepas SPM kita dah tak sama universiti
awak kat utara saya kat pantai timur
tapi awak selalu telefon saya sms saya
kadang-kadang awak email saya gambar-gambar awak kat sana


habis degree kita mula kerja
waktu tu baru awak kata
yang awak betul-betul cintakan saya
awak amat menyayangi saya
dan awak tak sanggup kehilangan saya


tak lama lepas tu awak pinang saya
kita bertunang 4 bulan je dan terus kahwin
majlis kita sangat meriah
mama, papa, ayah dan ibu sangat gembira


sebulan berkahwin saya disahkan mengandung
awak sangat gembira dengan berita tu
awak telefon orang tua kita
kawan-kawan rapat kita
awak kongsikan kegembiraan tu dengan mereka


hinggalah pada hari saya nak bersalin
sesuatu terjadi
saya tak dapat bersalin normal
pembedahan terpaksa dilakukan
saya dah berusaha sehabis daya 
demi anak kita


tapi Tuhan tak beri saya peluang
membesarkan anak kita bersama
maafkan saya awak


jaga anak kita baik-baik
hanya itu harta peninggalan saya untuk awak
halalkan makan minum saya selama saya hidup bersama awak
awak...kekasih terindah buat saya
maafkan saya sebab tidak semua menua bersama awak




* * * *


Imran terasa bahunya ditepuk. Rupanya kakak arwah isterinya.


" Surat tu... Husna tulis waktu kamu dalam perjalan  ke sini. Dia seakan tahu hayatnya tak lama. Sabarlah ya dik. " hanya itu yang mampu diucapkannya.


semoga abadi sayang...hanya kau Srikandi Cintaku....




0 orang mendoakan:

Duit Poket