CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Wednesday, March 23, 2011

Rasa Ini Membunuhku

Dari mana ya hendak dimulakan. Sesungguhnya perasaan ini menyakitkan. Seakan membunuh.

* * * * * * 

Aku gagal lagi. Gagal yang entah ke berapa kali. Sejujur hati, aku dah berserah pada takdir. Andai hanya setakat ini yang aku mampu pergi, aku redha. Seikhlas hati aku redha. Kalau sememangnya Tuhan rasa ini yang terbaik untuk aku, ini yang dah tertulis untuk aku, Aku redha. Seikhlasnya aku redha.

Cuma sebagai seorang manusia biasa, yang ada hati dan perasaan, aku terkilan. Sungguh! 

Rasa yang aku tanggung sekarang, sudah bertahun aku pikul. Aku bawa ke sana ke mari. Aku tak mahu mengalah. Aku bangkit, aku lawan kesakitan tu, aku tahan tangis aku, aku pendam, aku simpan, aku telan sendiri.

Dulu aku seorang yang bersemangat. Kalau aku lakukan sesuatu perkara memang aku lakukan dengan bersungguh. Aku tak suka benda aku buat nampak kekurangannya. Aku mahu setiap aku lakukan tu sempurna. Tapi bila aku gagal, memang aku tak putus asa. Aku bangun balik. Aku daki balik supaya aku tetap sampai ke puncak.

Tapi, kebelakangan ini kegagalan dah macam badi dalam hidup aku. Satu demi satu aku lalui. Tuhan, aku sakit sangat! :'( 

Aku dah tak mampu lagi. Semangat aku dah terbang menjauh. Menjauh sangat. Aku dah tak mampu melangkah apa lagi mengejar. Andai takdir aku begini, aku redha. Aku terima dengan rela hati hakikat ini. Memang pahit bila apa kita rancang tak dimakbulkan DIA. 

Siang tadi bonda sms aku. Dari awal pagi sampai ke petang. Beliau beria memujuk aku untuk teruskan apa yang aku dah rancang. Teruskan cita-cita dan impian aku. Capai semuanya. Bersungguh-sungguh dia memujuk. Sebagai anak, memang aku sedih. Aku tahu dia sendiri sedih lihat aku macam ini. Tapi, kesedihan yang aku rasa berjuta kali lebih dari apa yang beliau rasa.

Maafkan kakak mama. Kakak tahu mama kecewa, tapi kecewanya kakak, takde sepatah perkataan mampu nyatakan. Sangat-sangat ma. Biar kakak ubat hati kakak sendiri. Kalau kakak ubah fikiran, kakak bagitau mama. Tapi mama jangan mengharap sangat. Kakak minta maaf. 

Pada yang cuba memberi semangat, terima kasih. Pada adik - kakak tak mampu lagi dik. Dah tak mampu. Kamu tahu bukan apa impian kakak. Cita-cita kakak. Mungkin Dia dah tulis semuanya sampai setakat ini. Kakak akur, kakak redha. Maaf kalau kakak buat kamu risau. As a human being, rasa ini perlu sedikit masa untuk diubati. Maaf kakak kurang berkomunikasi dengan kamu. Harap kamu faham. 

* ditaip dengan juraian air mata + sedu. *

" Saya cuma ingin lihat senyum ayah bonda. Senyuman yang saya selalu saya rindu. Maafkan saya andainya senyuman itu saya regut. Ini khilaf saya mungkin, tapi saya dah mencuba yang terbaik tapi nasib tak memihak pada saya. Maafkan saya. "


5 orang mendoakan:

herumi said...

akak.... akak da buat yg terbaik... sye dapat rasekan.. yg akak da buat yg terbaik... akak jgn la sdeh.. family akak pon rndukan snyum riang akak...

Mellyana Sara said...

doakan akak tabah ya dik... :')

Nur Syafiqah bt Yahya said...

Insya'allah...
saya pon akan turut doakan akak.. (:

Mellyana Sara said...

amin. thanks dik. :)

Nur Syafiqah bt Yahya said...

Welcome.. akak mell ^_^

Duit Poket