Fenomena yang pernah melanda kita semua suatu masa dulu bakal berulang kembali.
Filem ini memang dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia. Fenomena Nur Kasih yang melanda dulu dengan jumlah penonton mencecah 19 juta orang membuatkan drama ini difilemkan. Ranting yang membanggakan pada saya. Kisah cinta Adam dan Nur dengan kehadiran Aidil membuatkan emosi kita sebagai penonton terbuai sama. Air mata, tawa dan duka seolah bergabung bersama. Sebermula dari si anak kecil hingga ke yang berpangkat atuk dan nenek pasti berkumpul di hadapan TV tepat jam 9 malam untuk menonton drama air mata ini. Hebat bukan penangannya.
Tadi kesempatan yang ada, aku pergi menonton dengan adik. :) Serius, panggung penuh! Dari anak kecil umur 2 tahun sampai pakcik umur 50 ada dalam panggung itu. Pada aku, jalan cerita dia agak perlahan mulanya. Tapi bila tiba waktu Nur keguguran, jalan cerita mula menarik. Adegan keretap api berlanggar, tembak menembak, pencarian Nur, dan pengakhiran penemuan Nur dan Adam, menyentuh jiwa. Sebak!
Kekuatan cinta Adam dan Nur memang memainkan emosi kita.Ditambah dengan runut bunyi yang membawa emosi kita masuk ke dalam watak memang berjaya. Hampir menitiskan air mata tadi.
Cuma satu pesanan, jangan terkejut dengan ending cerita ini. Ia sememangnya diluar sangkaan kita. Apa pun, aku bagi 9/10 pada cerita ini. Penamat Nur Kasih yang awesome! Nak tahu, di akhir ending cerita ini, semua bangun dan tepuk tangan. Bukankah itu tanda yang movie ini memang memuaskan hati. :) Terasa RM11 yang dibayar sangat berbaloi. For those yang kata cerita ini tak best, kurang menari, mungkin tak faham kekuatan cerita ini.
" Ya Allah engkau pemberi kebahagian, engkau pemberi kesedihan. Ambillah apa saja yang Kau mahu kecuali Nur."
Cinta.
Meh layan lagu tema filem ni. :)
" Setiap derita terkandung rahmat. "
6 orang mendoakan:
best eh .. hehe .. nk tgk gak ah .
kalu camtu tak sabar ni.....
best kan???hahha..wish aku supaya x meraung tau dis sund..haha
wah..tak sabar nk tgk lar..hehe
cerita ni ada value..mesti seronok kan. sayang xdpt tgk di pawagam ;)
best sangat. memang main dengan emosi cerita ini. :) kalau ada masa g la nonton. x salah support filem kita kan. lagi pun, movie ni penamat siri Nur Kasih. :)
Post a Comment