CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Wednesday, May 11, 2011

Selamat Hari Lahir Adik


Hari lahir. :)

Semalam 10 Mei 2011
ulangtahun kelahiran adik bongsu aku
12 tahun sudah dia bernafas atas bumi Tuhan


dulu aku ingat lagi waktu mama sarat mengandungkan dia
waktu mama belum ada lesen
pergi balik kerja naik bas
kalau ayah cuti atau balik awal
dia jemput mama di pejabat dan balik bersama
waktu yang sama aku sendiri umur 12 tahun
dan abang dia umur 8 tahun
oh~
memang perbezaan umur yang ketarakan?

Malam 10 Mei itu mama mengadu sakit perut
waktu itu jam pukul 3 pagi
memang waktu aku di wonderland
ayah kejutkan aku dan adik suruh tidur di bilik mereka
sementara dia bawa mama ke HUKM

lahirlah si kecil itu
Muhammad Afiff

waktu kecil dia dulu
harihari yang aku cuti aku yang dodoikan dia tidur
pampers dia aku akan tukarkan
susu dia aku akan bancuhkan
apa saja asalkan aku tak nak mama aku susah

aku tengok sendiri macam mana perut dia lepas pembedahan itu
oh, kami adik beradik dilahirkan melalui pembedahan
jangan tanya kenapa sebab memang aku tak faham terms perubatan ini
perut dia dijahit dengan benang yang macam orang buat jala
memang aku ngeri
sejak dari itu aku cuba untuk tak sakitkan hati mama
aku sedar dia bertarung nyawa untuk kami

terima kasih. 

pada adik,

kakak sayang kamu. maaf sebab tak ada di sisi semalam. tapi kakak dah wish kan? kakak tak janji ada hadiah tapi doa kakak tetap mengiringi kamu. semoga kamu jadi anak yang soleh, hambaNya yang beriman. study molek sebab kamu juga harapan kami. :) i love you so much!

- di dunia, kalau semua orang tak mahu menoleh melihat kamu lagi, bonda pasti hadir. -


2 orang mendoakan:

Gayahspears said...

selamat hari lahir utk adik mell :)

Mellyana Sara said...

thanks darl! ;)

Duit Poket