CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Sunday, June 19, 2011

Surat Untuk Ayah



Ayah,
kakak sayang ayah sangatsangat. walau kakak tak pernah beritahu ayah kakak sayang ayah, tapi ayah tahukan? Ayah selalu ada bila kakak perlukan ayah. Cuma dulu, waktu kita susah tak berharta, tak punya apa, ayah sibuk. ayah selalu tak ada. kadangkadang nak jumpa ayah seminggu sekali pun payah. Waktu itu kakak tak faham dan kakak mungkin tak mahu belajar untuk faham.


Ayah,
ingat lagi tak pesan ayah tiap kali sebelum kakak masuk tidur. Ayah kata, susun semua buku, telak stoking, baju sekolah, pakaian dalam semua setempat supaya tak kocohkocoh. Sampai umur kakak hampir 24 kakak buat benda sama. Dan mungkin sampai ke anak cucu cicit kakak nanti, kakak akan ajar benda sama. Ayah selalu pesan sebelum masa minggu peperiksaan, baca soalan betul-betul, jawab jangan nak cepat, nanti salah. Sampai hari ini, itu juga kakak amalkan. terima kasih ayah.




Ayah,
masa tu kakak demam, adik pun demam, mama demam, opah je sihat sikit. Bila pergi periksa doktor, kami kene denggi. Waktu tu ayah macam tak terurus. Terkejar ke sana sini. Pagi bawa kakak pergi jumpa doktor, lepas tu ayah pergi HUKM tengok adik. Terima kasih ayah, untuk itu.


Ayah, 
rasa kakak, kakak pernah buat ayah bangga. Masa kakak baru tingkatan 1, kakak dapat nombor 1, ayah datang waktu hari anugerah. Ayah duduk dekat dengan pentas dan ayah tengok kakak ambil hadiah. kakak ingat senyum tu. Kakak takkan pernah lupa. Ayah banggakan waktu itu? Kakak tau. Lepas itu ayah belikan kakak beg dengan walkman. Kakak happy sangat. Terima kasih, ayah.


Tapi ayah, 
bila masuk zaman kolej, kakak mainmain. cemerlang kakak hilang. kakak kecewakan ayah. kakak buat ayah menangis. kakak dah gagal. kakak putus asa. kakak rasa hancur! Kakak malu dengan ayah, dengan mama, adikadik, dengan semua. Kakak minta maaf ayah. Cinta buat kakak leka, kakak lepa, kakak lupa semua. 


Ayah,
kakak janji dari hari ini, kakak takkan buat ayah cuma rasa bahagia, tapi berbahagia. Kakak tak janji dengan harta berjuta, dengan wang bergunung, tapi kakak akan buat ayah bangga dengan Nur Amalia anak perempuan ayah. kakak akan usaha untuk itu. 


Untuk ayah, Md. Masrom bin Ismail,
terima kasih untuk cinta dan kasih sayang ayah. setiap didikan dan katakata ayah kakak semat dalamdalam hati kakak. kakak tak sempurna mana, tapi akan cuba yang terbaik. ayah, superhero saya! Saya sayang ayah. Selamat Hari Ayah!




p/s : selagi masih punya ayah, lakukan yang terbaik!

4 orang mendoakan:

Yatt S. said...

walau apa pun, seorang ayah tetap akan banggan dengan anaknya.

btw, saya terharu dengan surat ini.

Muka Cantik Tak Guna Kalau Tak Kahwin

Seputih Hati Ayah

Mellyana Sara said...

terima kasih. :) harap akan terus buat ayah bangga. hee!

perempuan virgin said...

surat penuh cinta untuk ayah .

Mellyana Sara said...

:)

Duit Poket