CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Wednesday, July 13, 2011

Maaf, Ini Memang Saya



" Saya tak sempurna untuk menyempurnakan awak. Maaf. Saya tak mampu. "



Bila kita bercakap tentang rasa hati, keadaan yang sedia ada molek boleh bertukar dingin. Kan? Kenapa ya? Kenapa tak boleh dibiarkan saja masa yang menentukan segala? Pada aku, kalau aku harus berdepan keadaan seperti ini, aku takkan memilih untuk memilih atau dipilih. Tapi, biar masa yang membuat pilihan untuk aku. Kita perlu waktu yang panjang untuk suatu keputusan. Aku bukan manusia sempurna. Aku ada celanya ada kurangnya. Sungguh. Aku bimbang andai takkan ada satu orang pun manusia mampu terima aku apa adanya. Alasan aku ini sukar difahami memang menghantui aku. 

Aku pernah terfikir, andai ditakdirkan aku ini bukan untuk manamana lelaki, apa yang akan terjadi. Sendiri sampai mati? mama kata, orangorang yang tak kahwin hingga akhir hayat mereka itu, jodohnya sudah pergi dahulu. Dan mereka bakal bertemu disyurga meski tidak menyatu di dunia. Oh. Kalau benar begitu, andai aku tidak termiliki oleh sesiapa, mungkin aku akan jumpa abang Fitrie di sana kan? :') ah. aku rindu dia. 

Aku mendoakan, semoga semua antara kita memiliki cinta yang diingini. Manusia takkan mampu betah hidup atas dunia tanpa cinta. Jangan bohong. :) aku juga manusia seperti kamu semua. Kita semua sama. manusia perlu cinta dan cinta itu perlukn nyawa. hanya manusia yang punya cinta akan rasa dia itu bernyawa. Dan, cinta itu anugerah dari DIA. Tuhan beri kita cinta. Cinta pada keluarga, cinta pada kawan, cinta pada dia... :) dia yang istimewa.


Oh. Pasal kesempurnaan. Ya, aku bukan manusia sempurna untuk terus di sisi dia. Tak sempurna lansung. Aku tidak punya apa kecuali sekeping hati yang tulus mencintai dia. Si cengeng yang selalu membawa rasa cinta dia ke mana saja dia pergi. Mungkin itu aku. Hahaha! :) Aku doakan, pada yang sudah jumpa cinta sejati kalian, pelihara sebaiknya. Katakanlah apa saja yang terlintas di hati sebelum terlambat. 1 hari nanti, andai dijemput Illahi terlalu pantas dari kesediaan kamu, jangan menyesal. Waktu itu, bawa saja apa yang tersimpan dalam hati kamu hingga akhir hayat kamu. Seperti aku.

:)

Nak siap g kelas. Jaga diri ya. Sayang kamu semua! 



2 orang mendoakan:

fairuz said...

tersentuh sayang! :'D

mellyana sara said...

heee. saya yang tulis pun tersentuh. :)

Duit Poket