CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Thursday, July 14, 2011

Hati Seorang Lelaki



ini kisah tentang hati,
hati seorang lelaki ;





Ada seorang lelaki yang biasabiasa saja orangnya
tinggi, berkaca mata, rambut hitam berkilat, berkulit sawo matang dan memiliki sepasang mata bundar
dalam hidupnya cinta cuma pernah hadir sekali dan cinta itulah yang dia kenang hingga saat ini
namun takdir Tuhan telah menemukan dia dengan seorang gadis lain
kejadian itu berlaku selepas beberapa bulan kekasihnya pergi 
di saat awal dia mengenali si gadis dia tidak sedar yang gadis itu telah berjaya mencuri hatinya
yang selama ini dikunci rapat

hari demi hari perkenalan mereka kian mesra
si gadis riang sering mencuit hati sepinya
dan 
dia mula sedar dia sudah jatuh cinta!

tapi ada sesuatu yang mebelenggu hatinya
dia rasakan dia tidak layak untuk sesiapa
dia rasa dia tidak punya apa untuk melengkapi gadis yang telah mencuri hatinya
dia mula dingin dia mula menjauhkan diri dan akhirnya dia memilih untuk menyepi

hakikatnya dia menyeksa hati dan perasaannya sendiri
dia sebenarnya takut untuk jatuh cinta lagi
dia rasa dia bukan seorang lelaki sempurna yang mampu membahagiakan gadis itu
dia tidak mahu andainya si gadis terus bersamanya dan dia gagal memberikan kebahagiaan tersebut

tapi 
menjauhkan diri itu menyeksa hatinya
segalanya yang dia lakukan pasti ada silapnya
hidupnya tidak sesenang sewaktu dia bersama gadis itu
dia runsing
apa perlu dia lakukan

akhirnya dia memilih untuk menghubungi si gadis
dan menerangkan apa yang berlaku
si gadis mengerti dan memberi ruang padanya untuk memilih

kata si gadis, 

" Kita begini. Saya tidak pernah memaksa awak untuk pergi, saya tidak pernah memaksa awak untuk meluahkan apa rasa hati awak. Malah saya tidak pernah mendesak awak kita pergi lebih jauh dari ini. Saya mahu kita berdua selesa bersama. Itu lebih penting dari semua. Jangan risau. Kita punya masa dan kita biarkan masa menjalankan tugasnya. Dan tugas kita hanya lalui harihari kita seperti mana yang telah tertulis oleh DIA. Jangan begini lagi ya. Saya faham. "

Lelaki itu mula mengerti akan sesuatu
hari demi hari rasa sayangnya semakin mendalam
namun rasa takut dan gusar
rasa tidak layak untuk sesiapa itu masih wujud
namun dia akur
biar masa yang menentukan segala

-end-

0 orang mendoakan:

Duit Poket