CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Monday, July 25, 2011

Tanpa Tajuk 9







dengar ya ini dari aku ;




api kecilkecil itu kawan bila besar jadi lawan
api kecilkecil itu teman bila besar  makan tuan


:)


harap kamu faham
jangan bermain kalau tidak mahu ikut rentaknya
jangan mulakan kalau tak mahu akhirkannya
jangan pernah bicara jika hujungnya cuma sepi


:)


hati ibarat kaca itu kau kata dulu
tapi pada aku hati itu kristal
cantik berseri
sekali pecah berderai tak tercantum lagi


jujur aku akui 
cemburui masa lalu kamu seperti mana kamu cemburui masa lalu aku
namun aku tak mampu mendesak kamu memilih atau terpilih
tapi andai yang terhimpit itu aku
biarlah dipilih dari memilih


ku tunggu untuk kamu kembali
hadir dan serikan harihari aku
sampai bila?
sampai hati aku lelah dan penat menanti
aku kan kuat
itu kata kamu
ya, aku kuat
meski berjuta kali ku rebah aku masih kukuh di sini
utuh berdiri di atas kedua kaki aku sendiri


semoga kau selamat sejahtera hendaknya
dan dalam lindungan rahmat dan kasih sayangNya


:)









ku berpegang pada janji tercipta antara kita dulu
hilangmu tiada berganti biarlah begini
ku berlayar di lautan tidak bertepian 
sesekali disedarkan ombak yan mendatang
aku seperti hilang 
punca arah dan tujuan

:)



0 orang mendoakan:

Duit Poket