CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Sunday, August 28, 2011

Cerpen : Laut dan Awan





Pagi itu suasana dingin. Aku dan dia berdua sahaja. Duduk di tepi pantai luas merenung langit cerah. Oh, matahari sudah separuh menunjukkan wajahnya. Tak terlalu panas tak juga terlalu dingin. Kami berdua duduk di atas tikar mengkuang. Dia baring di pangku aku. Jari jemari aku digenggamnya erat. Ada seulas senyuman terukit di wajahnya. Bahagia mungkin. 

" Kenapa ya, semakin hari saya rasa saya semakin sayangkan awak?" tuturnya tiba-tiba.

Kaku. Entah jawapan apa aku patut aku beri. Dia mendongak. Mencari sinar mata aku. Suram. Ya. Hanya suram. Dia bangun duduk lalu memaut bahu aku agar memandangnya.

" Kenapa awak? Tak rasa ya apa yang saya rasa?" soalnya. Seperti ditembak aku rasa.  Ah. Apa aku harus jawap ya.

Aku cuma menggeleng. " Bukan itu." Ringkas jawapanku.

"Terus, kenapa kamu membisu? Saya salah cakap ya?" Duganya.

Perlahan-lahan aku berdiri dan berjalan menuju ke gigi pantai. Aku biarkan kaki aku disapa air laut. Dingin. Dia berdiri di sebelah. Memaut mesra bahu aku. Aku menoleh padanya dan tersenyum. 

" Awak, nampak tak langit tu? " tanyaku sambil jari aku menuding ke atas. Dia senyum dan mengangguk.

" Nampakkan awan tu. Putih dan biru. Menyatu bersama. Awan mendung pula warnanya hitam. Kisah kita ini berlatarkan warna biru. Dan awak adalah awan putih itu. Sementara saya, awan hitam yang kandung air yang bila hampir ke langit biru, terus mengusir awan putih pergi. "

Dia kelihatan bingung. Ternyata, dia tidak faham maksud aku. 

" Maksud saya, saya ini tidak layak untuk awak. Saya hanya akan mencelakan langit cerah itu. Awak lebih pantas untuk gadis lain. Bukan saya. "

Dia tunduk. Merenung pasir yang memutih. Kemudian ditarik tangan aku agar mengikutnya. Kami menuju ke sepohon pokok yang besar dan tinggi. Dia memanjat naik kemudian menghulurkan tangan agar aku ikut sama. Akhirnya, kami berdua duduk di atas dahan pokok itu. Memaut batang pokok yang besar.

" Tengok laut itu. Luaskan. Tahukan bagaimana hujan terjadi. Hujan memerlukan air laut untuk membentuk hujan. Saya mahu kita seperti itu. Saya tak mahu jadi awan. Saya ingin jadi laut. Laut dan awan yang bersama-sama membentuk hujan,. Bolehkan?"

Pertanyaan itu membuatkan aku diam. Wajahnya benar-benar berseri. Lamarankah ini?

" Saya tak faham."

" Sudi tak awak jadi isteri saya? Saya terima awak seadanya. Hitam atau putih. Seadanya. Saya tak janji untuk menjadi yang terbaik tapi akan cuba membahagiakan awak. Selamanya. Sampai saya mati. "

" Serius?"

" Ya. Saya mahu awak ingat ini. Melamar awak tanpa cincin tapi di tempat yang begini. Atas pokok."

Terbit tawa kami. Bahagia. Hilang semua resah di hati aku. Terima kasih Tuhan untuk semua ini. Syukur. 



p/s : simple je. hee! mencuba menulis. 

8 orang mendoakan:

Tiq Hashim said...

Bestnya! comel sangat ^_^! Saya pun ahli We Love Arts kat fb tu, selamat berkenalan :D *lambailambai*. Saya ada tulis satu blog novel ni, tp dalam BI lah. harap awak sudi jenguk.

http://tiqwrites.blogspot.com/

teruskan menulis lagi tau ^_^

Mellyana Sara said...

comel kan? hahaha! melamar atas pokok. kalau la betulbetul jadi. kekeke!

Sayidah Nafisah Ruslan said...

seronok nya bila kita berimaginasi tinggi dan boleh menulis cerpen yang best mcm ni :)

Mellyana Sara said...

tu la.... :)

deem said...

menarik.comel.jgn lupa, idea kalau ada terus simpan dalam buku atau blog.jangan berhenti menulis.kerana saya juga sudah mula menggerakkan jari dan minda untuk cuba menulis.hehehehehe....

Mellyana Sara said...

hee. selagi masih bernyawa, mell takkan berhenti menulis sayan. rajinrajin la datang ke sini lagi ya. ;)

deem said...

ok.setelah jmpa ramai macam mell, semangat yg terkubur beberapa tahun lepas kembali berkobar2.harap2 dapat melaksanakannya di masa akan dtg.doakan ya ;)

Mellyana Sara said...

aku cuma biasabiasa. Tapi akan cuba perbaiki mana kurangnya. Tulisan aku pun tak sebagus mana. masih belajar. apa pun, ku doakan kamu success ya! ;)

Duit Poket