CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Monday, August 29, 2011

Perancangan Perayaan Saya



" Mak...Along tak dapat pulang raya ini. Kuliah along di sini berjalan seperti biasa mak. Maafkan along ya mak. Ampunkan semua salah dan silap along. Halalkan makan minum along. Cuti nanti, along balik ya mak. Mak, along rindu mak.  Mak jaga diri baikbaik ya."



Esok mungkin hari raya. Bagaimana persiapan kalian ya? So far, di rumah aku, rendang atas dapur, ketupat dah siap aku anyam tadi dengan opah, biskut raya dah beli. Petang sikit nak buat nasi himpit. Rancangan raya aku tahun ini, berlainan. Aku masih tidak pulang ke kampung bonda. Krisis itu semakin teruk. Bonda tak bagi aku jejak kaki ke rumah Mak lagi. Herm. Aku akan cuba pujuk. Kalau bonda tetap tidak izinkan, aku takkan pergi. Mungkin aku cuma akan telefon dia nanti. Jahat bagaimana pun dia, zalim dan kejam bagaimanapun dia pada opah, dia tetap Mak pada aku. Tekanan hidup buat dia jadi begitu.

Jadi kami akan beraya di kampung ayah. Oh, mulanya aku tak mahu ikut ayah ke Kota Tinggi, Johor. Ini kerana 5 September nanti aku final examination. Tetapi memandangkan, ayah mengeluarkan statement ayat tacing dia, aku ubah fikiran. Lagi pun, dah lama tak ketemu sama atuk. Atuk aku comel. Hee! Suka berbual dengan dia. Cuma masalahnya, suara dia perlahan dan loghat jawa dia pekat. Susah sikit untuk faham. Jadi, raya ke2 aku sekeluarga akan ke Kota Tinggi. Raya ke3 aku tak pasti lagi untuk tinggal semalam lagi atau terus balik ke Rawang. 

Herm. Lebaran ini juga menggenapkan 7 tahun pemergian arwah Fitrie. Harapnya esok aku tak seperti tahun sebelum. Cuma bermenung di dalam bilik. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aku tidak tahu di mana kuburnya dan aku tak mahu tahu. Biarlah aku cuma mendoakan dia di setiap usai solat aku. Mogamoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Ini list untuk pulang ke kampung :

* Camera + Bateri 10,20 biji
* Baju Kurung 4 Pasang
* Telekung & Sejadah
* Pakaian untuk 2 3 hari
* Headphone ( dengar lagu dalam kereta)
* Alat solek + pencuci
* Berus gigi, ubat gigi, sabun, shampoo
* Buku nota ( diari )

Herm. Banyakkan? Perempuan. So, kepada yang sudah berada di kampung halaman, semoga berbahagia di samping keluarga. Pada yang akan pulang beraya, hatihati ya. Jaga keselamatan kalian. Sampai ketemu lagi! Umuah! Sayang korang!


p/s : Pada awak, saya akan tunggu panggilan telefon awak. Seandainya tiada, tak apa saya faham. Saya rindu awak sangat meski saya tahu awak tak pernah rindukan saya. Jaga diri ya. :')



4 orang mendoakan:

khairulsyarafi said...

waaa...tulis diari ke??

deem said...

semua keputusan di tangan kamu.cuma ambil keputusan sewaktu kamu dalam keadaan bertenang dan dapat berfikir secara logik.apa2 pun selamat hari raya *wink wink*

Mellyana Sara said...

yups. since umur 15 lagi. ;)

Mellyana Sara said...

selamat hari raya deem! ^^ akan saya cuba...kalau masih sama..akur dengan kehendak bonda. ;)

Duit Poket