CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Saturday, August 20, 2011

Hidup | Jangan Hanya Tahu Menyerah



" Kenapa hidup aku susah macam ni? Kenapa kau yang diuji berkalikali? "




Setiap orang pasti punya masalah sendiri kan? Jangan tipu. Cuma yang sudah pergi yang tidak punya masalah. Aku sendiri tidak pernah sunyi dilanda masalah. Cuma yang membezakan kita, apa rupa bentuk masalah kita. Kesusahan yang bagaimanakah yang sedang kita lalui. Apa pula cara untuk kita atasi.

Hari ini aku nak bercerita tentang wang. Wang penting kan? Semua benda perlukan wang. Masuk tandas pun kena bayar duapuluhsen. Zaman sekarang. Zaman serba maju, serba moden, serba perlukan wang. Tapi, bagaimana dengan merekamereka yang hadapi masalah kewangan yang kritikal? Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagaimana ya hidup mereka semua. Tadi, sewaktu dalam perjalanan pergi mesyuarat, aku dengar radio. Ada 1 slot ini, macam slot Bersamamu di TV3. Serius sedih. Kalau saja aku ini hartawan, sudah aku bantu keluarga itu.

Membesar di dalam keluarga Masrom, terlalu banyak yang aku belajar. Ayah aku sendiri, bukan orang senang. Hidupnya terbiar. Ya. Dia punya ayah dan ibu. Tapi penceraian memberi impak yang besar pada si anak kan? Atuk bercerai dengan arwah nyai'e aku dan kemudian atuk berkahwin lain. Waktu itu usia ayah 7 tahun. Menurut cerita ayah, masa kecil dia sering diejek si miskin. Kasutnya yang dikutip di tempat pembuangan sampah.Lalu, sebelah warna lain dan sebelah lain. Pakaiannya, koyak sana sini. Getah seluar digunakan dari tiub basikal. :') Ayah tabah. Sangat tabah. Dan hari ini, ayah mampu tersenyum gembira dengan apa yang dia ada. Kereta yang menjalar, rumah yang lebih dari 1, simpanan wang yang cukup, dan bonda yang menarik. 



Oh, aku pernah lalui saat perit kekurangan wang. Waktu itu ayah diberhentikan kerja atas kerana salah orang lain. Bayangkan, di saat kemewahan melimpahi keluarga aku, kami tiba-tiba jatuh miskin. Kereta kena tarik, kredit kad habis limit, barang kemas bonda terpaksa digadai semata untuk meneruskan hidup. Ayah bangun kembali. Dia cari peluang pekerjaan yang ada. Ayah gunakan pengalaman yang dia punya. Dan hari ini, mungkin tidak semewah dulu, tapi boleh buat kami bernafas lega. 

Jadi, seandainya tulisan ini dibaca oleh mereka yang hidup susah, merana, tidak punya wang, dengar sini, rezeki itu hak Tuhan. DIA yang memberi. Ayah pesan, sesiapa yang tidak pernah sujud kepada Allah, itu orang yang sombong. Mereka tidak tahu berterima kasih atas rezeki yang Tuhan beri. Aku pernah terbaca, anak yang mendoakan kedua orang tuanya saat mereka masih hidup atau sudah kembali ke rahmatullah, insya Allah pintu rezeki terbuka luas untuk mereka. Hormati kedua orang tuamu, doakan mereka, insya Allah murah rezeki kalian. Semoga kalian tabah ya. Hidup ini tidak pernah sunyi dengan masalah. Kuatkan hati dan raih keberkatan Illahi. 



Tuhan tidak pernah berlaku kejam. 

" Semakin derita menghimpit kita, semakin dekat amal menghampiri kita. " - NKTM

Sesungguhnya yang baik itu dari DIA dan yang buruk itu dari aku. 
Aku doakan kalian semua sentiasa berbahagia dan berada dalam lindunganNYA.
Amin.


p/s : Allah tidak pernah menduga hambaNya di luar kemampuan mereka. 




2 orang mendoakan:

mira_nas said...

ujian bermacam-macam ujian.. kalau wang boleh jadi pengukur setia dan sayang,.. hanya Allah tempat bergantung..

Mellyana Sara said...

;) wang bukan pengukur semuanya.

Duit Poket