CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Thursday, October 27, 2011

Ahmad & Sara



Ahmad suka Sara. Dia kawan dengan Sara sejak kecil. Sejak umur 5 tahun. Tadika sama,, masuk darjah satu pun sama-sama. Tapi Sara pandai. Dia kelas pertama. Ahmad duduk di kelas ke-5. Tapi Sara tak suka kawan-kawan sekelas dia. Sara kata mereka sombong. Sara lebih suka kawan dengan Ahmad. Sebab Ahmad baik. Ahmad belikan makanan Sara, bawa buku Sara, kadang beg sekolah Sara pun Ahmad bawa. 

Hari ini mereka berdua sudah masuk ke darjah 4. Berkat usaha mereka berdua, Ahmad dan Sara kini sekelas. Mereka tak duduk sebelah-sebelah tapi masih dekat. Waktu rehat masih Ahmad beli makanan tapi kini mereka kongsi berdua. Buku pun Ahmad masih bawa tapi tak banyak sebab buku juga mereka kongsi. 

1 hari, Ahmad datang sekolah macam selalu. Sampai di kelas, Ahmad cari Sara. Tapi tak ada. Kemudian bila guru kelas masuk, Ahmad tanya cikgu Siti. Dia kata, Sara masuk hospital. Sakit. Petang itu lepas balik sekolah, Ahmad minta kakak dia hantar dia ke hospital. 

Rupanya, Sara sakit leukimia. Dan Sara dah lama sakit. Sebab tu dia tak boleh bawa buku berat-berat, tak boleh beratur beli makanan. Badan Sara lemah. Sangat lemah. Wayar berselirat di tubuh kecil sara. Ahmad duduk tepi katil Sara. Waktu itu mama Sara tak ada. Ke kantin mungkin. 

" Ahmad? " 
" Aunty? Mama Sara?"

Makcik Ayu mengangguk perlahan. Dia tarik kerusi sebelah Ahmad dan duduk di situ. Makcik Ayu kata Sara selalu cerita tentang Ahmad. Ahmad yang baik, Ahmad yang manja, Ahmad yang protector. Semuanya. Sara kata dia sayang Ahmad. Hari-hari Sara ulang ayat yang sama. 

" Mama, Sara sayang Ahmad. Boleh tak Sara nak kahwin dengan Ahmad bila besar nanti? "

Makcik Ayu kesat air mata dia. Makcik Ayu pegang tangan Ahmad. Makcik Ayu kata, 

" Ahmad jangan tinggal Sara ya. Temankan Sara. Sara sayang sangat dengan Ahmad. Makcik pun sayang Ahmad. "

Ahmad angguk laju-laju. Ahmad pun sayang Sara makcik. Tapi itu kata Ahmad dalam hati.

- - - - - - 

Sudah seminggu Sara terbaring. Sara koma. Kata Makcik Ayu, Sara perlukan penderma dan Makcik Ayu tak sepadan untuk menderma. Ahmad pula masih kecil meski Ahmad beria mahu menderma. 

Ahmad kasihan tengok keadaan Sara. Seminggu juga Ahmad teman Sara di hospital. Mujur mama Ahmad faham. Sebab Ahmad pun selalu cerita pada mama tentang Sara. Ahmad pegang tangan Sara. Ahmad cium. Sama macam papa Ahmad buat pada mama Ahmad bila mama Ahmad tak sihat.

" Sara, bangunlah. Saya rindu awak. Saya takde kawan nak main. Bangunlah Sara. "
Sepi.
" Sara. Bangunlah. Bangunlah. Bangunlah Sara. Saya bosan awak tak ada." 
Mata Sara masih rapat.
" Sara, bangunlah. Tak kasihankan saya? "
Ahmad menangis. Ahmad tak tahu kenapa dia menangis. Cuma dia tahu dia sedih. Sedih tanpa Sara. 

Tiba-tiba mesin di tepi sara bebunyi. Kemudian 3 orang jururawat masuk dan seorang doktor. Mereka suruh Ahmad tunggu di luar. Masa itu juga mama Sara sampai. Dia dari kantin. Dengan sebungkus roti dan sekotak milo untuk Ahmad. Ahmad dapat dengar suasana dalam bilik Sara bising. Seperti ada berlaku sesuatu. Hampir 15 minit baru doktor keluar.

Bila saja pintu bilik Sara terbuka, doktor tadi pergi dekat Ahmad dan mama Sara. Doktor itu menggeleng perlahan. Dan mama Sara meraung kuat. Dia menangis teresak-esak. Ahmad tak faham. Ahmad tarik tangan doktor itu. Doktor itu tunduk merapati Ahmad.

" Kenapa makcik Ayu nangis?"
" Adik, Sara dah tak ada lagi."
" Sara pergi mana?"
" Sara dah meninggal."
" Meninggal itu apa?" 

Mama Sara tepuk bahu Ahmad. Kemudian mama Sara kata tak apa pada doktor. Mama Sara tarik Ahmad duduk dengan dia dekat kerusi. Mama Sara pegang tangan Ahmad. 

" Ahmad, Sara dah tak ada lagi di dunia ini sayang. Tuhan sudah ambil Sara. Ahmad dah tak payah bawa buku sara, beli makanan Sara, tarik beg Sara lagi. Sara akan pergi ke dunia lain. "

Ahmad diam. Dunia lain? Dunia apa? Ahmad boleh ikut?

" Sayang, Sara dah takde lagi dalam dunia kita. Ahmad, cari kawan baru ya. Tapi kalau Ahmad rindu Sara, Ahmad boleh ziarah kubur ziarah Sara nanti." 

- - - - - - - - -

Sara sudah lama tak ada dalam dunia Ahmad. Lama sangat. Selepas hari pengebumian Sara, Ahmad dah tak seperti Ahmad yang dulu. Dia menjadi rajin belajar. Menjadi pelajar cemerlang. Dan hari ini berkat usahanya, dia sudah menjadi seorang doktor di sebuah hospital di ibu kota. Tapi, meski sudah lama, Ahmad tidak pernah lupa melawat kubur Sara. Paling tidak sebulan sekali. Ahmad suka tunggu Sara dekat kubur. Sebab, Ahmad amat mencintai Sara.

" Sara, Ahmad datang lagi. Ahmad bawa bunga mawar putih untuk Sara. Ahmad harap Sara suka. Semoga Sara aman bersemadi. Ahmad, sayang sara sayang."


p/s : Cerita Semasa Kecil - Piring Hitam

0 orang mendoakan:

Duit Poket