CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Wednesday, October 26, 2011

Ayah



" Semoga akan ada seorang laki-laki yang akan menjaga kamu sesempurna aku menjagamu. "


* * * * * * * * * 
Situasi 1 (2003)
:
Petang itu aku balik sekolah dalam hujan lebat. Basah kuyup. Baju putih yang tersarung ditubuh, menampakkan susuk dalam aku. Mujur ada tudung putih di kepala. Sampai di rumah, ayah sudah tunggu di kerusi. Dengan handphone aku di tangannya. Dari jauh aku nampak muka menyinga dia. Cuak! Kenapa handphone aku di tangan dia?

" Assalamualaikum. "
" Waalaikumussalam. Duduk! " 

Belum sempat aku bukak kasut, sudah diarahnya aku duduk di lantai, berdepan dengan dia. Aku tunduk memancang lantai. Ah, kenapa ni? 

" Semalam ayah topup RM50 hari ini dah habis? Siapa abang sayang dalam inbox ni? Kamu nak belajar ke nak bercinta?"

Oh ho~ Mahu terkencing aku rasa. Diam. Sepatah aku tak jawab. Biarlah. Diam lebih baik. Lagipun memang salah aku. Tah jantan mana aku layan sms semalam sampai habis kredit aku. Tiba-tiba ayah keluarkan sim card aku dari dalam handphone dan dia patah 2! Ya, dia patah dua! 

Tap tap tap! Air mata gugur. Ayah, kenapa patahkan sim card saya... Saya cuma mahu berkawan.


Situasi 2 (2005)

" Siapa lelaki itu? Yang dok sms kakak, call kakak? "
" Boyfriend." Acuh tak acuh aku jawab.
" Nak bercinta ke belajar?"
" Dua-dua."
" Belajar atau bercinta?" Suara ayah meninggi.
" Dua-dualah ayah!"

Aku terus lari dari ruang tamu masuk bilik. Pintu aku hempas. Ayah ni tak faham ke jiwa muda? Saya nak bercinta je. Tu pun tak boleh? 

Situasi 3 : 2008

Ayah ketuk pintu bilik aku. Pelan-pelan tombol pintu bilik aku ayah pulas. Waktu itu aku sedang baring di katil mengadap dinding. Tak mahu pandang ayah. 

" Kakak, sudah putus ya dengan dia?"
" Hmmmm."

Ayah duduk atas kerusi dekat dengan aku. Dia pegang bahu aku.

" Dulu ayah marah kakak bercinta sebab inilah. Ayah tak mahu kakak kecewa. Ayah tak mahu kakak dipermainkan. Ayah tak mahu kakak merana. Ayah mahu seorang lelaki yang boleh jaga kakak sesempurna ayah jaga. Itu saja. Bangunlah, dan berjuang. Ayah doakan. "

Situasi 4 ( hari ini ) :

Ayah dah tak masuk campur hal aku. Ayah dah tak sibuk kisah percintaan aku. Ayah dah tak sentuh soal kahwin dengan aku. Ayah cuma senyum bila dia dapat undangan dari teman-teman. Bila ditanya giliran ayah, ayah senyum. Ayah kata, belum jodoh. Ayah tahu siapa anak ayah sekarang. Ayah tahu saya sudah besar. Ayah tahu saya tahu mana buruk mana baik. Ayah tahu. Dan saya tahu ayah tahu sejak dulu cuma ayah tak mahu saya sesat. :) 


p/s : setiap satunya yang ayah buat - bersebab. Jangan pesoal kenapa dan mengapa. Ayah sayang kita. Dia mahu kita di atas landasan yang benar. :) Sayang ayah macam mana ayah sayang kita. Berkat dunia akhirat kita. 


3 orang mendoakan:

NER said...

Ayah sentiasa menjaga anak perempuannya walaupun dia dh besar. terharunya bc ni

meow said...

btol2.. ayah sgt memahami anak2 nye.. cuma dye x nak tunjuk sgt.. ape yg parents kte buat mesti ada sebab.. so kne la dgr ckp.. hehe nice entri babe.. :)

cik lebah said...

hye.. coming from blogger selangor..

Duit Poket