CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Tuesday, November 8, 2011

Eh, Amin?



Amin genggam tangan Lily kuat. Hati dia membentak. Benci dia tengok muka Suraya tadi. Menyemak! Itu dia rasa tadi. Entah kenapa sebesar-besar Kuala Lumpur ini, dekat Times Square juga nak terserempak. Dah tak ada tempat lain ke. Lily yang mula rasa sakit di pergelangan tangan memintal-mintal minta dilepaskan. Amin buat tak tau. Ditariknya Lily masuk ke kedai kopi Starkbucks di tingkat bawah Times Square. Selepas memesan 2 cawan Java Chips untuk mereka, dia dan Lily terus menapak naik ke tingkat atas kedai kopi itu. Mereka duduk di sebuah meja kosong dengan dua buah sofa kosong. Amin menghirup minumannya rakus. 

" You kenapa? Perempuan tadi siapa? " Lily heran tengok Amin gelabah macam itu tadi.
" Tak ada siapalah. Orang gila kot. " Jawab Amin acuh tak acuh.
" You jangan tipu I. Bukan I tak kenal perangai buaya darat you tu. " bakar Lily.
" Eh, you jangan nak mulakan. I tak ada mood ni! " sedikit meninggi suara Amin. Beberapa mata menoleh memandang mereka. Muka Lily merah. 
" Tak jerit tak boleh ke? Memang nak semua dengar ke apa? " 
" Sayang, baik you diam. I betul-betul tak ada mood. "

Seketika suasana antara mereka sunyi sepi. Lily sibuk membelek Iphone hadiah Amin untuk dia sambil melihat-lihat akaun facebooknya. Amin pula resah. Pertemuan tak disangka dengan Suraya tadi benar-benar mengubah moodnya. Ah, karut! Takkan nak macam ini. Dia lekas-lekas menyedut minumannya sampai habis. 

" Sayang, jom. I hantar you balik. I ada hal nak buat ni. "
" Air I tak habis lagi. Sabarlah. You tergesa-gesa sangat ni kenapa?"
" Ala, bawaklah sekali. Dah. Jom. "

Tas tangan Lily dicapainya, tangan Lily ditarik. Dalam keadaan terpaksa Lily juga mengikut Amin. Sepatutnya hari itu mereka ada date. Janjinya mahu tengok wayang bersama. Tapi entah kenapa mood Amin berubah. Lily tertanya sendiri. Sepanjang perjalanan balik, Lily cuma mendiamkan diri. Amin juga. Cuma lagu-lagu nyanyian Eminem yang memenuhi ruang kereta. Amin sangat meminati penyanyi tersebut. Lily mahu bersuara. Tapi melihat muka merah Amin, dia batalkan niatnya. Dalam masa tak sampai sejam mereka sampai di rumah Lily. Lily tinggal di Batu Caves. Kawasan perumah kos sederhana. 

" Sayang, you nak pergi mana ni? Kenapa taknak bawa I? " tanya Lily. Wajahnya mencuka.
" I ada kerja. I promise habis kerja I datang ambil you. Kita dinner sama-sama ok? " pujuk Amin. 
" But I missed you sayang. Tak rindu I ke ? " tanya Lily manja sambil memaut leher Amin.
" Please sayang. I dah lambat. Promise, I datang malam nanti. " Sebuah kucupan singgah di bibir merah Lily.

Pintu penumpang dibuka Amin dari dalam. Seakan memaksa Lily segera keluar dari keretanya. Dengan perasaan bercampur-baur, Lily melangkah keluar dari kereta Amin dan tanpa lambaian seperti selalu Amin memecut keretanya laju.


                      * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


Amin mencampakkan kunci kereta di atas meja. Suasana di ruang tamu rumahnya sunyi sepi. Waktu itu jam di dinding menunjukkan hampir ke pukul 6 petang. Amin merebahkan tubuhnya di atas sofa dan akhirnya dia tertidur.

Ding dong! 

Bunyi loceng rumah mengejutkan Amin dari tidurnya. Terpisat-pisat dia bangun menjenguk melalui tingkap. Suraya! Amin pantas menutup semula langsir. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Ah. Kenapa dia datang? Amin tertanya-tanya sendiri. Dia mencapai alat kawalan jauh pagar rumahnya dan Suraya melangkah masuk dengan lenggok manjanya. Kasut tumit hijaunya membuatkan dia kelihatan tinggi. Blaus merah yang melekat ditubuh lansingnya menyerlahkan kecantikan dia. 

" Hai dear. Sorry. I datang tak beritahu you. " Tubuhnya tenggelam dalam dakapan Amin.
" You buat apa datang sini? Macam mana you tahu rumah I? " soal Amin keliru. 
" I follow kereta you. " senyuman sinis dilemparkan. 

Matanya melilau melihat rumah teras sederhana mewah milik Amin. Kerjaya Amin sebagai seorang pramugara tak memungkinkan dia memiliki aset sebegini. Suraya melabuhkan punggungnya di atas sofa tempat Amin berbaring tadi. Ruang tamu itu hanya ada sebuah set sofa berwarna merah darah, sebuah meja kopi, sebuah televisyen LCD dengan set home theater dan sebuah rak buku penuh dengan majalah. Ringkas. 

" You nak minum apa? I buatkan. " 
" Tak apa. I nak jenguk you je. Dah 2 bulan kita tak jumpa. Rindu pulak. "
" Ok. "

Amin duduk di sebelah Suraya. Suraya melentokkan kepalanya di bahu Amin. Mereka menonton rancangan National Geography. Melihat kucing jantan mengawan kucing betina. Dan di situ, aktiviti mengawan antara mereka berlaku juga. 

                  
                       * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Hari ini hari kekasih. 14 Februari 2004. Amin dan Suraya berjalan berpimpin tangan menikmati pemandangan taman tasik Titiwangsa. Ramainya orang di situ tidak mengganggu suasana romantik mereka. Pagi tadi, mereka berdua sudah berjanji mahu berjumpa di KL Sentral. Mahu menghabiskan masa bersama. Semata untuk meraikan hari kekasih. Hari kekasih terakhir untuk mereka. 

" B, saya nak tanya ni. Awak sayang saya tak? "
" Kenapa awak tanya tu? Mestilah sayang. "
" Ah, tak percayalah. "
" La, sayang ni kenapa? Takkan B nak tipu. "
" So, ini apa? " Soal Suraya sambil menghulurkan telefon bimbit Amin yang tanpa sedar telah diambil oleh Suraya. 

Rupanya, Suraya terjumpa sms Amin dengan budak 1 universiti mereka. Dan akhirnya mengakibat pertengkaran besar antara mereka. Amin sekeras-kerasnya menafikan hal itu. Dia tidak kenal perempuan itu. Serius. Mereka bertengkar hebat hingga akhirnya tanpa sedar sebuah tamparan hingga di pipi Suraya. Amin meraup wajahnya berkali-kali. Ah!

Dan itu kali terakhir mereka bertemu. Kisah beberapa tahun dulu. Kisah sewaktu Amin baru mahu kenal dunia. Baru mahu kenal cinta. Baru belajar berskandal. Baru belajar. Baru. Dan hari ini selepas beberapa tahun itu mereka terjumpa tanpa disengajakan. Dan itu menghantui Amin. Amat menghantui Amin. 


                          * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Bunyi sms masuk mengejutkan Amin. Amin melihat jam di meja. 9 pagi. Dia mengeliat sebelum mencapai telefon bimbitnya di atas meja tepi katilnya. Lily.

" Sayang, you tak datang pun. I tunggu you sampai tertidur. Sampai hati you. "

Amin mengeliat lagi. Dikerling Suraya yang tertidur di sebelahnya. Ah. Kau memang tak berubah. Masih tahu kelemahan aku. Dikucup Suraya sebelum dia beredar ke bilik mandi dan bersiap ala kadar. Sebelum dia keluar dari rumah, Suraya masih lena tidur. Dia sudah meninggalkan nota menyuruh Suraya supaya beredar sebelum pukul 3 petang. Harap Suraya baca nota itu.

Keretanya dipandu laju. Batu Caves adalah destinasinya ketika ini. Mahu dipujuk hati kekasih hati. Sebaik saja memberhentikan kereta di hadapan rumah Lily, hon ditekan bertalu-talu. Lily muncul bersama senyuman diwajahnya. Ah, sayang. Kau tak susah dipujuk. Amin bercadang mahu bawa Lily bersarapan di kawasan Ampang. Selepas itu membawanya pulang ke rumah. Dia sudah mencongak apa yang mahu dibuat selepas itu. 

Petang itu lebih kurang pukul 4 petang mereka berdua sudah berada di hadapan rumah Amin. Pintu rumah yang terbuka membuatkan dada Amin berdebar. Suraya masih di dalam? Namun, kasut Suraya tidak kelihatan. Rumahnya dirompak? Amin segera memakir keretanya dan bergegas masuk ke dalam. Melihat keadaan rumahnya yang masih kemas, dia tahu Suraya yang melakukannya. Tapi kenapa pintu rumahnya terbuka? Amin segera berlari ke biliknya. Keadaan cadar yang teratur, bantal yang tersusun, menambahkan keliru Amin. Di atas meja, ada sehelai nota tertulis kemas. Amin segera mencapainya.

" Sayang, I tau you mesti tertanya kenapa I tinggalkan rumah you dengan keadaan pintu sebegitu. Sorry sayang. Saja buat surprise. I dah kemas rumah you. I dah kemas katil you. I dah masak untuk you. Semuanya I dah siapkan. Thanks for wonderful night you spent with me. I really enjoy it. You masih tak berubah. Take care sayang. - Suraya - "

Amin meronyok surat itu lalu dibuang ke dalam tong sampah di bawah meja tulisnya. Dia segera menuju ke bawah. Alangkah terperanjatnya dia bila melihat Lily sudah diikat dengan tali rafia dan dilehernya sebolah pisau menunggu waktu untuk mencederakan leher jinjangnya.

" Suraya ! Apa you buat ini? Kan i suruh you balik! " Jerkan Amin. Dia segera lari mendekati Lily. 
" You dekat, i sembelih perempuan ini! Berani dekat la! " Ugut Suraya. 
" Sayang! Tolong I! " rayu Lily.
" Diam! Aku benci kau! Baik kau diam sebelum aku benam pisau ni kat tubuh kau! " Suraya menjerit bagai histeria.
" Suraya. Please. Jangan. Lepaskan dia. " Amin cuba memujuk.

Dia cuba mendekati Suraya. Cuba merampas pisau itu. Pergelutan berlaku. Amin cuba merampas, Suraya mengelak. Lily tersepit ditengahnya. Namun, entah bagaimana silapnya, pisau itu tertikam tepat ke jantung Lily. Darah memercik. Ke baju Amin, muka Suraya. Tubuh Lily terlepas dari pelukan  Suraya terjelepok ke lantai dan lantai yang bersih tadi kini memerah.

" Sayang, tolong I. " Lily merintih kesakitan. Amin hanya mampu memandang. Entah kenapa hatinya tidak terniat mahu mendekati Lily. Tiba-tiba dia terasa puas. Dia menjeling Suraya. Bibirnya mengukir senyuman nakal. Suraya membalas senyuman itu. Amin menarik Suraya ke dalam pelukannya. Matanya masih tertancap pada tubuh Lily. Ditunduk memegang wajah pucat Lily.

" Sayang. Sampai hati you.... " rintih Lily kesakitan. Tangannya memegang pisau yang terpacak di dadanya. Dia cuba menarik pisau itu keluar. Namun kesakitan dirasanya berganda. 

" Sebab you Lily, I putus dengan Suraya. Sebab you, I terpisah jauh dari Suraya. Dan sebab you hantar sms you dulu, Suraya tinggalkan I. Hari ini dendam I terbalas. Terbalas! Bertahun-tahun I simpan dendam ini. I layan you. Layan kerenah you. You tau I rimas? Rimas! You tak macam Suraya. Manja. Dia tahu apa I suka, apa I benci. You? Pentingkan perasaan you je. Selamat tinggal sayang. Semoga bertemu disyurga. " 

Amin rasa puas. Lily yang menyusahkan. Lily yang memaksa. Lily yang garang dah mati! dah MATI!. Dia mencium pipi Suraya. Suraya membalas ciuman itu. Tangan Suraya yang berlumuran darah dilap dengan kain alas meja. Dicempung tubuh Suraya lalu mereka berdua menuju ke atas. 

Lily, menjadi mayat di dalam rumah kekasihnya sendiri. Silapnya kerana menghantar sms dulu dibalas dengan kematian. Sesuatu yang tidak logik. Namun dendam manusia, apa saja sanggup dilakukan. Mayat Lily dibiarkan berulat di situ sementara Amin dan Suraya berpindah luar negara. Gaya hidupnya lebih sesuai di sana. Lily mati kerana smsnya yang berbunyi, 

" You're great last night. I really fallen in love you. Promise me sayang. Jangan tinggalkan I. I really love you, Amin. "

Hakikatnya, Amin itu adalah kawan kepada Amin - Suraya. Bukan Amin ini. Dan kerana salah faham Suraya, Amin nekad membalas dendam sebab Amin yang menyusahkan dia. Dia berusaha mencari siapa Lily dan membuatkan Lily jatuh cinta kepadanya hingga akhirnya mereka bersama. Hanya kerana Amin. 


p/s : sebelum sms, cek bebetul. Takut salah orang. :D 

*cuba menulis lebih panjang dari biasa. kalau ada typo bagitau ya. Heee! *



3 orang mendoakan:

deem said...

best.keliru aku jap sebab kau Amin.

Mellyana Sara said...

TQ. ;)

fierul said...

nice entry .. like it ..

Duit Poket