CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Saturday, December 31, 2011

Mimpi Kita


2011

Kelopak mawar aku cabut satu persatu. Aku buang ke tanah. Itu adalah kuntum mawar ke-6 sejak setengah jam yang lalu. Suasana di tanah perkuburan itu sunyi sepi. Sesepi hati aku. Pohon cempaka yang ditanam di sekeliling tanah perkuburan ini seolah mengerti tentang apa aku rasa saat ini. Aku duduk di atas tanah di tepi pusara dia. Tanah yang masih merah, aku gengam. Air mata yang aku tahan sedari tadi menitis jua. Batu nisan yang berukir nama Ahmad Afnan Abdul Halim aku sentuh dengan hujung jari. Pagi tadi, majlis pengebumian Afnan. Tetamu sudah hampir 2 jam balik dan aku masih mahu menunggu di situ. Puas kak long Munirah ajak aku balik, tapi aku ingin di sini sebentar. Mungkin ini terakhir kali aku ke sini. Selepas ini, aku tahu kaki aku takkan kuat untuk melangkah ke sini lagi. Biarlah aku habis seberapa banyak masa yang ada, untuk temankan Afnan di sini. 

" Awak, orang rindu awak. Kenapa awak pergi cepat sangat? Siapa nak temankan orang nanti? Siapa nak mainkan orang gitar nanti? Awak kata nak bawa orang pergi laut minggu depan. Tapi sekarang awak dah tak ada. Siapa nak bawa orang pergi? "

Aku menangis semahunya. Pada usia aku 23 tahun, Afnan cinta pertama aku. Kami menyulam kasih sejak dibangku sekolah. Sejak dari aku  tingkatan 4. Sifat merendah diri, menghormati orang tua menarik hati aku. Bila aku mula mengenalinya, sifat romantis, penyayang, pelindungnya mula kelihatan. Dia bukan lelaki yang cemburu buta meski dia tahu aku punya ramai kawan lelaki. Dia matang. Sangat matang. Sifat dia yang satu itulah membuatkan aku makin menyayangi dia. 

" Tirah senyumlah. " katanya pada suatu hari. Waktu itu kami berdua sedang menikmati makan malam di restoran Pizza Hut. Dia berjanji untuk belanja aku seandainya aku lulus cemerlang dalam STPM dan hari itu apa bila keputusan diumumkan, aku antara pelajar terbaik sekolah. 

" Kenapa suruh orang senyum ni? "
" Senyumlah. Please! "
" Ok. " Aku melebarkan senyumku dan akhirnya membuahkan tawanya. 
"  Saya suka tengok awak senyum. Manis. Nah. Ini untuk awak. "

Dihulurkan sebuah kotak segi empat tepat. Agak besar. Sepantas kilat pembalut kotak itu aku koyak. Di dalamnya ada sebuah komputer riba yang aku idamkan. 

" Untuk orang? "
" Yup. Suka? "
" Suka! Thanks awak! "

Malam itu selepas makan malam dia membawa aku berjalan di sekitar Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan, lagu-lagu kumpulan Peterpan mengiringi kami. Bila sampai pada lagu kegemaran aku, dia akan menyanyikan sama dan menujukan lagu itu untuk aku. 

" Lagu ini untuk Tirah tau. Tak bisakah kau menungguku ku hingga nanti tetap menunggu..."

Dan aku akan mentertawaknnya apabila dia tersalah lirik dan aku akan menyanyi bersamanya sehingga lagu tersebut habis kemudian dia akan mencubit pipi aku. Bila jam menghampiri pukul 11.30 malam baru kami sampai di hadapan rumah aku. Ayah sudah menunggu di depan pintu bersama ibu. 

" Afnan, tak masuk dulu? " jerit ayah dari jauh. 

Afnan tersenyum memandang aku. Dia membontoti aku melangkah masuk ke perkarangan rumah. Dia menyalami ayah dan ibu. Sebuah senyuman di hadiahkan.

" Maaf uncle, aunty sebab bawa Tirah jalan sampai jauh malam. Tadi lepas makan, dia nak ronda-ronda KL katanya, Itu yang saya bawa. Maaf ya uncle, aunty. " sopan tutur bicaranya. Matanya mengerling aku yang berdiri sebelah bonda.

" Tak apa. Uncle faham. Asalkan kamu tak buat bukan-bukan dengan anak pakcik, cukuplah. " kata ayah sambil menepuk bahu Afnan. Afnan menyengih. Dia tahu ayah bergurau. Bukan baru hari ini dia mengenali ayah. Jika ada masa lapang ayah akan mengajak Afnan keluar bersarapan dengannya. Itu pun jika Afnan sedang cuti semester atau kebetulan balik cuti hujung minggu. 

" Tirah, saya balik dulu. Tidur malam jangan mimpi saya ya," katanya sambil mengenyitkan mata kanannya. Ayah dan ibu ketawa dengan seloroh Afnan. Aku membulatkan mataku sambil membuat gerak bibir, ' Tak ada maknanya!'

Dia menyalami ayah dan ibu dan selepas kereta dia beredar baru kami bertiga masuk ke dalam. Ibu memaut bahu aku. Ayah pula di sebelah kanan aku. 

" Ayah berkenan dengan Afnan. Semoga ada jodoh kamu berdua." doa ayah sebelum berlalu ke kamarnya. 

Bunyi dentuman guruh di langit mengembalikan aku ke dunia realiti. Hilang bayang ayah, ibu dan Afnan. Langit yang tadinya terik, kini beransur mendung dan aku dapat rasa rintik hujan yang mengenakan belakang tapak tanganku. 

" Tirah," panggil seseorang dan aku segera berpaling. Jazlan. 

Jazlan yang terpaksa bertongkat kerana kaki kanan patah dan bersimen hingga ke lutut berjalan menghampiri aku. 

" Kau buat apa kat sini? Kalau bukan sebab kau, Afnan tak tinggalkan aku macam ni!"
" Tirah. Jangan macam ni. Dah sampai ajal dia Tirah. " Pujuk Jazlan.
" Kau cakap senanglah tapi yang menanggung aku Lan! "
" Tirah. Aku tahu dan tolong, maafkan aku. Aku pun terasa dengan pemergian dia."


Petang itu, Afnan dan Jazlan ke KLCC kerana ingin Jazlan ingin membeli hadiah hari lahir untuk kekasihnya, Suhana. Sewaktu mereka membelok ke simpang kanan  menuju ke KLCC di simpang empat berhadapan Ampang Park, kereta dipandu Jazlan dilanggar oleh sebuah kereta pacuan empat roda yang datang dari arah kiri. Kereta Perodua Kelisa Jazlan berpusing beberapa kali sebelum terbabas melanggar salah satu lampu isyarat. Afnan meninggal ditempat kejadian akibat kecederaan dalaman. 

Seandainya Jazlan tidak melanggar lampu merah, pasti keretanya tidak bertembung dan melanggar keretanya. Dia tak akan patah kaki kirinya dan Afnan takkan pergi. Waktu itu dia ingin segera sampai di KLCC sebab dia sudah berjanji mahu menjemput Suhana di rumahnya malam itu untuk makan malam bersama. Siapa tahu, itu malam celaka dalam hidupnya. Suhana menangis memarahinya kerana cuai ketika memandu hingga mengakibatkan kematiaan Afnan. Hari ini, sekali lagi dia harus melihat tangis orang yang dia sayang juga kerana kecuaiannya. 

" Kau tak tahu Lan. Kau takkan faham apa aku rasa. Afnan cinta pertama aku Lan. Dia kata, 6 bulan lagi dia nak pinang aku kemudian lepas setahun dia nak aku menjadi isterinya yang sah. Kau dah musnahkan impian aku Lan. Kau.....kau pergi Lan. Aku taknak tengok muka kau. Baliklah. " Aku menyeka wajah yang basah dek air mata bercampur hujan. 

Aku duduk berteleku di tepi pusara Afnan. Air mata aku mengalir laju. Memang aku taknak tengok muka Jazlan sekarang. Pada aku dialah punca kematiaan Afnan. Sikap tidak tahu sabar dan cepat marahnya akhirnya membinasakan bukan saja dirinya tapi sahabat baiknya, Afnan. Siapa tidak kenal Jazlan yang memang terkenal dengan sikap kaki gaduh, ponteng sekolah, dan macam-macam masalah disiplin lain. Mujur Suhana dapat mengubah sedikit sebanyak tentang sikap negatifnya. 

Jazlan yang faham tentang amarah aku mula melangkah. " Tunggu! "

Jazlan menoleh. Bibirnya mengukir senyum. Terpaksa. 

" Kalau kau sayangkan Suhana, ubah sikap kau. Aku taknak kau rasa apa aku rasa sekarang. Kalau sampai Suhana juga pergi kerana khilaf kau, penyesalan kau lebih hebat dari ini. "

" Atirah, atas kereta kau, aku letakkan kotak peninggalan arwah. Tadi aku kemaskan barang-barang arwah. Aku rasa kau lebih berhak ke atas semua barang tu. Atirah, maafkan aku.  Bukan aku minta jadi macam ini. Salah aku Tirah. Salah aku. Kalau kau taknak maafkan aku pun tak apa Tirah. Aku faham. memang itu selayaknya aku terima. Aku pergi dulu. Kau jangan lama-lama. Hujan macam nak makin lebat. Aku balik Tirah. Assalamualaikum. "

Aku menghantar Jazlan dengan pandangan kosong. tangan aku menyentuh nisan berukir nama Afnan. Hujan yang makin lebat memaksa aku untuk balik. Aku cium nisan itu. air mata aku makin laju. 

" Awak, orang balik dulu. Orang terpaksa tinggalkan awak. Orang akan kenang awak selama-lamanya dalam hidup orang. Lepas ini, kalau orang sedih, dah takde yang nak mainkan gitar. Bila orang sunyi, dah takde yang nak nyanyikan lagu-lagu Perterpan. Awak, semoga tenang di sana ya. Orang balik dulu. Assalamualaikum. "

Berat hati aku nak pergi tapi aku harus balik. Jam sudah menghampiri pukul 5 petang. Ibu di rumah pasti risau. Aku segera berjalan ke kereta dan mengambil kotak yang Jazlan tinggalkan lalu segera memandu balik ke rumah ibu. Biarlah aku balik ke sana. Setidak-tidak ibu boleh tenangkan hati aku. 

Malam itu, setelah menunaikan solat Ishak, aku mencapai kotak berwarna biru, warna kegemaran Afnan dan membawanya ke katil. Tangan aku menggeletar sewaktu membuka tutup kotak tersebut. Aku muntahkan segala isinya di atas katil. Berterabur semuanya. Gambar, tiket wayang, hadiah yang aku beri, dan sebuah kotak kecil berbentuk hati, berwarna merah. Apabila di buka, di dalamnya adalah sebentuk cincin. Cincin yang aku pernah tunjukkan pada Afnan waktu dia bergurau ingin meminang aku 2 bulan lalu. 

Aku menarik keluar cincin itu dan menyarungnya di jari manis aku. Muat! Ya Allah, dugaan apa yang kau turunkan pada aku. Air mata aku mengalir bagai tiada hentinya. Aku mencari-cari dicelah longgokan barang-barang tersebut andainya ada apa-apa yang boleh aku kaitkan dengan cincin ini.  Tangan aku menyentuh sepucuk surat. Lantas aku baca.


10.11.11

Tadi aku ke Bukit Bintang. Akhirnya, aku dapat beli cincin yang Tirah pernah tunjukkan pada aku. Cincin idamannya dan 6 bulan dari sekarang, aku bakal menjadi tunangnya. Harap dia gembira dengan kejutan ini..


Awak, orang rindu awak. Tangan aku menyelongkar lagi barang-barang yang berlonggok di atas katil. Ada gambar waktu kami sekolah, waktu ulang tahun dia, waktu dia mengikuti aku dan keluarga bercuti di Langkawi. Tangan  aku berhenti di atas sekeping foto kami berdua bergambar di tepi Pantai Batu Feringghi. Coretan di belakangnya membuatkan tangis aku makin lebat. 

" Saya berdoa pada Tuhan, semoga awaklah rusuk kiri yang hilang dan bakal melengkapi sisi hidup saya. Saya sayangkan awak lebih dari nyawa saya. Dan saya tahu saya akan sayangkan awak sampai bila-bila. "

" Afnan! Kenapa tinggalkan saya? Kenapa Afnan?" aku menjerit semahunya. Sungguh aku tak tahu bagaimana mahu menerima semua ini. Segalanya mengejut. Baru semalam aku mendengar suara Afnan di talian hari ini, Afnan dah pergi tinggalkan aku sendirian. 

" Tirah! Kenapa nak? " Ibu muncul di bilik ku lalu duduk disebelah aku.  Dipeluk tebuh ku. Rambut aku yang terurus diusapnya perlahan. " Sabar Tirah. Jangan macam ni. " Ibu cuba memujuk. 

" Ibu....Tirah tak dapat terima semua ni bu. Kenapa mesti Tirah bu. Tirah tak mampu. Tak mampu. "

" Tirah, jangan macam ini. Afnan pasti sedih kalau tengok Tirah macam ni. Sudah sayang. Jangan menangis lagi. Kuat ya sayang. " Pujuk ibu. pipi aku dikucup kiri dan kanan. Aku tahu sedikit sebanyak ibu pasti terasa dengan semua ini. 

" Afnan dah takde ibu. Ini bu. Ini cincin yang dia nak  bagi Tirah masa kami tunang nanti bu. Tapi dia dah takde. Apa guna lagi cincin ini. " Aku memangis dipangku ibu. 

" Dah sayang. Ibu tahu Tirah penat. Tirah tidur ya. Ibu teman Tirah. " Ibu membelai-belai rambut aku hingga akhirnya aku terlena di pangku ibu. 

Aku berada di dalam sebuah bilik putih yang kosong dan yang ada hanyalah sebuah cermin besar di salah sebuah dinding di dalam bilik itu. Aku memusing melihat sekeliling bilik itu dan yang ada cumalah bayangan aku sendiri di cermin kaca itu. 

" Assalamualaikum Tirah. " Aku segera berpaling kebelakang. Dan aku nampak Afnan. Memakai jubah berwarna putih, dengan senyuman manis terukir dibibirnya. Dia berjalan menghampiri aku. 

" Awak! " Pantas tubuhnya aku peluk erat. Tapi tidak seperti selalu, dia tidak membalas pelukan aku. 

" Tirah. Maafkan saya sebab tinggalkan awak. Dunia kita sudah tidak sama sayang. Biarkan saya pergi ya. Masa saya sudah tiba. Awak mesti kuat Tirah. Atirah yang saya kenali seorang gadis yang tabah, yang cekal hatinya. Jangan menangis lagi. Relakan pemergiaan saya. Awak, tetap cinta pertama saya sampai bila-bila. Maut telah memisahkan kita tapi tak bermakna cinta kita juga mati Tirah. Jaga diri sayang. Jaga diri baik-baik. Saya tak dapat jadi pelindung awak lagi. Awak harus tahu menjaga diri . Saya pergi dulu. Saya, tunggu awak di sana. "

Perlahan-lahan bayangan Afnan hilang. Aku terjelepok ke lantai. Menangis semahunya. Bagaimana orang nak teruskan hidup tanpa awak. Jangan tinggalkan orang. Afnan!

" Afnan! "

Aku pantas membukak mata. Sinaran matahari yang masuk melalui celah-celah langsir menyakitkan mata. Aku meraba di sisi katil, dan jari aku tersentuh sesuatu. Cincin! Di sisinya ada sepucuk surat bertulis tangan. Tulisan agak comot namun masih mampu dibaca.

Atirah, 
masih ingat cincin ini. Awak hadiahkan pada saya waktu hari lahir saya tahun lalu. Awak kata, supaya orang tahu yang saya awak punya. Saya kembalikan pada awak. Ini, untuk awak. Saya sayang awak Atirah. 


Afnan.

2018

Sudah 7 tahun Afnan pergi. 7 tahun juga aku masih begini. Biarlah. Aku masih bahagia. Jazlan dan Suhana juga sudah berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan. 

Awak, orang semakin dewasa dengan pengalaman lalu. Terima kasih pernah hadir dalam hidup orang meski seketika. Semoga Tuhan memberkati roh awak. Orang, tak pernah berhenti mencintai awak. Selamanya.



p/s : maaf kalau ada kurangnya. saya masih mencuba. =)


2 orang mendoakan:

fieyona ahmads said...

nice..fieyona dtg skodeng :)

done follow #889
jom tolong fieyona penuhkan tabung travel :)

Mellyana Sara said...

=)

Duit Poket