CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Sunday, January 1, 2012

Selamat Datang 2012





Selamat datang 2012. Selepas setahun kita melewati 2011 kini bermula sekali lagi tahun baru dalam hidup kita. Tahun baru, buku sama, bab yang berbeza. Bila masuk saja tahun baru pasti setiap kita ada pelbagai azamkan? Well, aku pun tak terkecuali cuma azam aku tidak segempak yang lain. Biasa-biasa saja. :)

Impian Tahun 2012

Aku mulakan impian aku dari yang besar sampai yang paling kecil ya. 

* nak miliki novel sendiri sebelum hujung tahun 2012 *
* berharap dapat jadi President's List kat UTAR*
* Mahu lulus paper maths dan economy ( lack of calculation) *
* Memperbanyakkan lagi cerpen-cerpen*
* Nak bercuti seorang diri dekat Penang *

last but not least

Aku harap aku akan menjadi seorang hambaNya yang solehah, sentiasa menjaga aurat dan batas pergaulan. Kalau setahun lepas, aku mampu menjaga, aku harap sampai akhir hayat aku, aku masih mampu menjaganya.
Semoga keimanan aku berganda, keikhlasan aku sebagai manusia juga berganda. Amin.

Sebagai anak, aku akan berusaha menjadi anak yang menyenangi hati ayahbonda. Yang selalu ada bila mana ayahbonda perlukan aku. Yang menggembirakan hati mereka. Dan membuatkan mereka bangga memiliki anak bernama Nur Amalia.

Aku doakan impian dan cita-cita korang pada tahun 2012 juga tercapai. Amin.


Anak cina bermain guli
Bermain guli di lama rumah Kat Siti
Cukup dulu sampai di sini
Ada masa aku update lagi


=)



1 orang mendoakan:

smilenajah93 said...

welcome 2012 :)

Duit Poket