CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Wednesday, January 11, 2012

Aku Untuk Kamu


" Ini untuk awak. Mari saya pakaikan. " Ditarik tubuh aku agar membelakangi dia. Rambut panjang aku ditolak ke depan. Sutas rantai emas putih dikalungkan ke leherku. Dihiasi loket yang berukir indah. Aku paling mengadap dia. 

" Terima kasih sayang. " ucapku. Loket rantai aku genggam erat. Sungguh aku terharu dengan hadiah ini. Tanpa sedar air mata aku mengalirperlahan di pipi. Tangan kasar dia pantas menyeka. Ditarik aku dalam pelukan dia. Esak kecil aku mungkin menggusarkan hati dia. Aku dapat degup jantungnya.

" Kenapa awak menangis? "
" Tak tahu. Cuma saya rasa sayu dekat hati. "
" Sayu kenapa? "
" Kenapa awak baik sangat dengan saya? "
" Sebab saya sayang awaklah. "

Aku meleraikan pelukan. Suasana di kawasan tasik itu mendamaikan. Ada beberapa orang sedang beriadah bersama keluarga, sedang berjogging, tak kurang yang duduk menikmati keindahan bumi Tuhan. Kami duduk di atas rumput berhampiran dengan tasik. Angin petang yang meniup lembut, membahagiakan. 

" Umairah, saya sayang awak. Sangat menyayangi awak. Awak bagai bidadari dari syurga. Awak menenangkan hati saya. Melihat senyuman awak, bagai terbang segala masalah saya. Awak tahu mengambil hati saya. "

Aku tunduk merenung rumput menghijau. Ada sebak di hati aku. Khalil terlalu baik untuk aku. Dia umpana seseorang yang dihantar Tuhan untuk mengubah aku. Di awal perkenalan kami, aku bukanlah seperti gadis-gadis yang menjadi idaman setiap lelaki. Aku tak pernah mengenakan hijab di kepala. Pakaian aku, sentiasa terdedah sana sini. Aku tak pernah mengambil berat soal menutup aurat. Solat? Puasa? Tak pernah aku lakukan. Aku bagai orang hilang arah tuju. Aku hanyut. 

Aku kenal Khalil pun di majlis hari lahir kawan sekolej aku, Wina. Dia kawan kepada abang Wina. Dalam diam-diam dia memberitahu abang Wina yang dia sukakan aku. Atas pertolongan Wina, dia berjaya mendapatkan nombor telefon aku. Selepas hampir 6 bulan dia berusaha akhirnya aku tewas dengan kesungguhan dan perkerti dia. Dia sempurna bagi aku. Sedangkan aku?

" Umairah? "

Aku pantas mendongak. Matanya segera menangkap mata aku. Ada senyuman di bibirnya. Untuk kesekian kali, aku tewas. 

" Kenapa ni? Saya ada salah cakap? Saya panggil banyak kali awak tak menyahut pun. Saya tanya ni. Awak tak jawab pun. " 
" Maaf. Saya tak dengar. "

Disentuh lembut belakang tapak tangan aku. Digenggam erat. 

" Sudi tak awak jadi isteri saya? "

Aku terkedu. Segera aku tarik tangan aku dari genggamannya. Kalau boleh aku lari saat itu, mahu saja aku lari tak cukup tanah. Aku biarkan soalannya tak berjawab. 

" Awak tak sudi? Herm. Saya tahu saya tak layak menjadi suami awak. Menjadi bapa kepada anak-anak awak. Saya orang biasa. Kerja pun makan gaji. Sedangkan awak, anak dari keluarga yang berharta. Entah-entah makeup awak pun saya tak mampu nak beli. " Ada keluhan di hujung bicaranya. 

" Jomlah, saya hantar awak balik. " dia terus bangun . Dia bangun menyapu selur. Setelah 5 langkah dia meninggalkan aku,

" Khalil, saya sudi.! " 

Dia pantas menoleh. Langkahnya diatur ke arah aku lalu dia melutut di hadapan aku.

" Ulang semula, saya tak dengar, " pintanya.

" Dah lama saya tunggu awak lamar saya. Saya sudi jadi isteri awak. Tapi, awak mesti janji untuk bantu saya jadi isteri yang solehah. Jadi isteri yang diredhai Allah. Bimbing dan didiklah saya jadi seorang Islam yang sempurna. Dulu jalan hidup saya terpesong. Sampailah saya kenal awak. Awak dah banyak mengubah saya. Saya yakin, awak mampu menjadi suami yang sempurna untuk saya dan ayah yang baik untuk bakal anak-anak kita. "

Aku dapat rasa pipi aku mula merah. Ah. Jantung aku bagai berlari laju. Bahagia? Kalau inilah bahagia, tiap-tiap hari jantung aku tak berdegup dengan betul pun tak apa. Aku rela!

" Saya tak boleh beri awak kemewahan dunia, tapi saya boleh mewahkan awak dengan cinta dan kasih sayang saya. Saya yakin awak boleh berubah dan menjadi isteri yang terbaik untuk saya. Kita sama-sama betulkan diri kita ya sayang. Dah jom kita balik. Dah petang. Nanti mak ayah awak bising. " dia bangun dan mula berjalan ke kereta. 

" Khalil! "

Dia berhenti lalu berpaling ke arah aku. Matanya menghantar pesan, kenapa?

" I love you," dan pipi aku merah. 

" Saya tahu. " 


p/s : carilah seseorang yang mampu membentuk dan membimbing kita bukan membawa kita pada kehancuran. InsyaAllah, bahagia milik kita. 



0 orang mendoakan:

Duit Poket