CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Monday, January 9, 2012

Hati Itu


Petang semalam aku telefon dia dari nombor random. Rindu. Aku kata aku nak sangat jumpa dia. Dia kata tak boleh. Dia sibuk. Sibuk sangat. Aku pujuk. Pujuk. Tapi dia tak nak juga. Hampa.

" Saya rindu awak. Saya datang kolej awak ya? "
" Saya sibuk. Faham tak? "
" 5 minit jadilah awak. Boleh eh? "
" Saya sibuk. Sibuk. Faham tak? "

'Click'

Dia matikan panggilan. Aku renung hampa ganggang telefon merah. Sampai hati awak. Aku terus masuk dalam kereta dan memandu menuju ke Putrajaya. Malam-malam begini jalan lengang. Setakat 140 km/j dengan Proton Inspira aku ini apa ada hal! 

Aku berhenti depan sebuah bus stop. Aku tak tau kenapa aku berhenti. Cuma aku rasa, aku sepi. Aku nak hirup udara malam. Keluar dari kereta , aku melabuhkan punggung dekat kerusi yang disediakan. Aku keluarkan wallet dari  dalam poket belakang jeans. Aku bukak. Ada gambar dia. Manis. Senyuman dia manja. Kening dia elok terletak. Hidung dia tak mancung tapi masih sempurna. Rambut dia tersimpan elok di sebalik hijab merah jambu yang dia pakai. 

" Seorang saja? "

Aku pantas menoleh ke kanan. Ada seorang gadis memakai hijab putih di kepala. Berbaju kurung rona serupa. Mata aku melilau ke sekitar kawasan itu manalah tahu ada kenderaan dia. Tapi tak ada. Dia datang naik apa? Takkan bas. 

" Haah. Seorang. Awak siapa? Datang naik apa? " 
" Jalan kaki. Rumah saya kat sana. "

Jarinya pantas ditunding ke aras tasik yang luas. Tak ada banggunan apa. Herm. Aku mengangguk perlahan. Beg dompet aku, segera aku masukkan ke poket belakang.Aku cuba mencari wajahnya yang terlindung di balik hijab putihnya. Namun dia kerap melarikan wajah. Hanya tunduk memang lantai. 

" Saya Zaiful. Awak? "
" Puteri." Jawabnya. Masih menunduk.
" Oh. Ok. "

Mood aku bukan mahu bersuai kenal. Aku cuma menjawab seadanya. 

" Dia tak mahu jumpa awak ya? "

Aku pantas menoleh. Dia mengukir senyuman. Mata dia menawan. Bibir dia merekah merah. Hidung dia mancung. Kulit dia putih mulus. Cantiknya! Detik hati kecil aku. Bagaikan terpukau. Aku terus pegang tangan dia, bawa naik kereta dan terus memandu ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan, aku tak lepas pegang tangan dia. Hati aku bagai terbuai-buai melihat dia. Tanpa sedar, bibir aku menyentuh bibir dia. Sesaat, 5 saat, 10 saat, 20 saat. Ah! 

Aku berhenti kan kereta di lot parkir kondo aku. Setelah menarik hand-break, aku pusing mengadap dia. Cantiknya! Tanpa sedar, bibir aku menyentuh bibir dia. Sesaat, 5 saat, 10 saat, 20 saat. Ah! Ini tak boleh jadi. 

Keluar dari kereta, kami berpimpinan menuju ke lif. Sampai di hadapan pintu rumah aku,kami meloloskan diri ke dalam. Aku pastikan mangga berkunci rapat. Mana tahu ada orang follow aku bawa awek cun balik rumah. 

" Awak, siapa awak sebenarnya? "
" Puteri. " Jawab dia. Manja. 
" Kenapa saya rasa kita seperti pernah kenal. Saya rasa saya sayang awak sangat. "
" Saya pun sayangkan awak. Sangat sayangkan awak. "

Adegan selepas itu, bibir bertaut, nafas celaru, jasad bersatu. Aku hanyut dalam belaian Puteri. Hanyut!


* * * * * * * * * * * * 


" Puteri! " Aku bingkas bangun dari tidur. Aku lihat sisi sebelah kiri aku kosong. Mana Puteri? Mata aku melingas ke seluruh ruang bilik. Tiada. Bunyi mandian di bilik air juga tiada. Aku bangun mencari dia di ruang tamu. Tiada. Tiba-tiba mata aku tertancap pada tulisan merah di cermin hiasan dinding yang aku beli 3 bulan lepas. 

" AKU AKAN DATANG TEMANKAN KAU, SETIAP MALAM TERAKHIR PURNAMA SEBULAN.  KAU, CUMA HAK AKU! "

Aku terjelepok di lantai. Siapa Puteri? Kenapa tiba-tiba aku bawa dia balik? Siapa dia sebenarnya? Aku bagai lupa apa yang terjadi sebenarnya. Di atas meja kopi di tengah-tengah ruang tamu, ada sampul surat putih. Aku capai dengan rakus aku tarik keluar isinya.


" Hati yang berdegup di dalam tubuh kau, itu dahulunya hati aku. Aku dermakan hati aku pada kau waktu dia beritahu aku, kau perlukan penderma hati sebab kemalangan yang hampir meragut nyawa kau. Kebetulan, saat aku pergi sudah semakin dekat dan aku rela memberi hati aku pada kau. Dia adalah adik aku. Kau jaga hati aku elok-elok ya sayang. Nanti kita bertemu lagi. "

Aku koyakkan kertas itu. Tiba-tiba aku rasa meremang. Aku pandang keliling. Hitam. Putih. Hitam. Kelabu. Pitam. 


* * * * * * * * 

" Saya akan temankan awak. Jangan ingat dia lagi. Saya akan sayangkan awak lebih dari awak pernah sayangkan dia. Saya janji Zaiful. Saya janji. Awak tak layak untuk dia. Dia tidak pernah hargai awak. Saya akan awak buat rasa dihargai lebih dari yang awak harapkan. Saya janji Zaiful. Saya janji. Selagi hati saya berdegup di dalam tubuh awak, selama itu saya akan terus temani awak. Saya janji Zaiful. Saya janji. "

Bisikan itu, membuatkan lena aku bertambah panjang.



TAMAT 



1 orang mendoakan:

Warna Kasih said...

pleaseeee.... post kat warna kaseh..

Duit Poket