CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Tuesday, February 21, 2012

Hidup | Dipilih atau Memilih?


"  Kadang tu kita tak tahu yang pilihan kita tu salah sampailah bila kita gagal melaksanakannya. "




Pernah tak korang rasa menyesal dengan pilihan yang telah dibuat? Pernah rasa macam nak undur balik masa dan berharap yang korang tak pernah lalui apa yang sedang korang lalui sekarang? Seolah penyesalan yang melimpah-limpah. Herm. Aku berkali-kali rasa perasaan macam tu. Sampai, pernah rumah diam-diam and buat bodhapa dah. Just duduk rumah diam-diam and buat bodoh. Tak perlu ambil tahu dunia luar. Sebab dunia luar bukan ambil tahu dunia aku pun. Hari ini, baru aku sedar betapa naifnya aku dulu. *geleng-geleng kepala* Terukkan?


Sekarang aku nak tanya korang 1 soalan.
Jika diberi pilihan dalam hidup ni, mana 1 korang pilih?





Dipilih atau memilih? Setiap satunya ada baik dan buruknya. Kan? So, mari kita kaji lebih mendalam apa baik dan buruknya dipilih dan memilih. 


DIPILIH

Bila dipilih, ada 2 rasa yang menjelma kat hati. Tak suka dan terbeban. Bila dipilih, sebenarnya kita diberi kepercayaan untuk melakukan sesuatu. Kita diyakini. Ada tanggungjawab yang terpikul. OMasyarakat takkan semudah itu memilih kita kalau kita tak ada kriteria yang diperlukan. Seperti menjadi seorang ketua dalam sebuah kumpulan. Ahli-ahli memilih kita sebab mereka tahu yang kita memang jenis yang boleh buat kerja. Bukan jenis cakap kosong. 

Namun, jika dalam waktu kita melakukan tugas, kita sering tak tahu mana nak mula, kita keliru apa patut kita buat. Kemudian bila munculnya masalah, kita buntu mencari jalan penyelasaian sebaliknya biarkan mereka bertelagah sesama sendiri, saling menunding jari mengatakan aku betul dan kau itu salah. Waktu itu, segala kepercayaan yang pernah diberikan, gugur sama sekali. Takkan ada lagi orang yang mempercaya kita. 

Jadi, apabila kita dipilih dari sekalian yang ada, buktikanlah yang sememangnya kita layak dan kita mampu memikul beban dan tanggungjawab. Kita bukan sekadar kata kita boleh, tapi akhirnya kita buktikan kita gagal. Walau pun ada pepatah mengatakan, gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya, dalam situasi ini gagal berkumpulan itu lebih memalukan. 


MEMILIH

Dipilih itu keputusan dibuat oleh orang lain untuk kita sebaliknya memilih ini dibuat oleh kita untuk orang lain. Apabila diminta untuk memilih, pasti akan datang keliru, lebih lagi apabila yang disuruh pilih itu mungkin kerjaya, course untuk sambung belajar atau mungkin calon isteri. Sebagai seorang human being, kita pasti ada letakkan beberapa kriteria yang kita mahu dalam memilih. Kan? Soalnya, kita risau seandainya kita tersalah memilih, masa takkan mampu kita undur. Apa yang sudah berlaku dan terjadi takkan mampu kita padam. bukan seperti apa kita tulis atas kertas kosong,. 

Memilih perlukan pemerhatian atau mungkin, kenali orang yang mahu kita pilih. Pernah dengar orang kata, " pilih isteri tu ibu, bukan macam pilih ikan dekat pasar. " Well, aku tak berapa setuju dengan quote ni. Kenapa? Kalau korang nak pergi pasar, korang nak beli ikan. Waktu membelek ikan, korang pilih ikan mata dia merah ke ikan mata dia atau jernih?  Mesti jernihkan? Sebab mak aku kata, ikan mata merah dah tak segar lagi. Jadi, kene belek ikan elok-elok. Pilih yang segar. Pilih betul-betul. Jadi, beli ikan dekat pasar taklah semudah korang semua fikirkan. 

Jadi, dalam membuat keputusan untuk memilih, pastikan korang betul-betul siapa korang nak pilih. Pastikan dia manusia bertanggungjawab dan ada wawasan. jangan main pilih sebab akibat dan natijahnya nanti, korang yang tanggung. Sesal dahulu pendpatan, sesal kemudian tak guna dah. Bak kata aku hari tu,

" Pukul sampai mati, kalau nasi dah jadi bubur, tak guna lagi. "



Dalam bercinta, sering berlaku dipilih atau memilih. Kan? Sama ada kau yang memilih dia, atau kau dipilih dia. Dan situasi bagi setiap satunya juga berbeza

:)

Pilihlah seseorang yang mampu menjaga kita, menyayangi kita, bersusah payah dengan kita. Pilih seseorang yang mampu faham kita tak kira dalam apa situasi kita berada. Pilih seseorang yang sanggup, berkorban apa saja demi kita.

Cinta itu perasaan yang indah. Kalau hanya ada rasa benci dan amarah dalam hati, itu bukan cinta. 

" Saya pergi bukan sebab saya benci, tapi saya bukan yang awak pilih. "




4 orang mendoakan:

Mawar Berduri said...

cinta itu rumit.

atau

manusia yang merumitkan cinta itu.

argh! aku sendiri bingung.

Mellyana Sara said...

kau memang selalu bingung. :P

Unknown said...

jangan sampai melarat.dah teruk sangat dah ni mell
Entri Terbaru Saya:
Inilah Realiti Kehidupan Yang Kita Perlu Ketahui

Mellyana Sara said...

:)

Duit Poket