CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Monday, March 12, 2012

Kau Selalu Dalam Hati IV ( FINAL )




Suasana di Coffee Bean tenang. Pengunjung masih belum ramai meski waktu pejabat sudah lama tamat. Dalila yang sedang menunggu Fikri membeli Black Forest Ice-Blended kegemarannya membelek handphone di tangan. Beberapa sms yang tidak sempat dibalas waktu di pejabat tadi dijawab seadanya. Tidak lupa menghantar sms pada ibunya. Bimbang pula ibunya risau yang dia pulang bersama Fikri hari ini.

" Nah. Black Forest kau. Amboi, handphone baru nampak. Baru berapa hari tak jumpa."
" Siapa suruh kau lari? Kesian aku pergi beli phone ni sorang. "
" Ah. Aku merajuk. Tapi tulah. Bukan kau nak pujuk. Sesia je aku bawa diri jauh-jauh."

Dalila menyedut minumannya. Dia bersandar selesa di sofa. 

" Lila. Aku rindu. " Fikri menundukkan wajahnya. 
" Apa? " 
" Aku rindu. "
" Serius? "

Fikri mengangguk laju. Dia menyeluk poket seluarnya lalu dikeluarkan sesuatu dari situ. Dihulurkan pada Dalila. Dalila yang tahu itu adalah cincin, mencapainya. Dibuka. Sebentuk cincin emas putih bertahtakan berlian ungu menawan matanya. 

" Kau serius Fik? Kau tahukan aku tak boleh lupakan Azri. Aku masih dibayangi dia. Aku tak tahu bagaimana untuk lupakan dia. Hari tu, aku nampak lelaki yang seiras dia. Aku lupa diri. Sampai kau marah aku dekat public. Kau lupa Fik? "

Fikri menggeleng perlahan. Takkan dia lupakan hari yang dia memarahi Dalila. Itulah pertama kali dia marahkan Dalila sebegtiu. Dia tidak tahu kenapa dia sanggup mengherdik Dalila di hadapan orang ramai. Mungkin dia terlalu sedih melihat Dalila begitu. 

" Tak. Aku tak pernah lupa. Disebabkan rasa bersalah itulah aku membawa diri ke Port Dickson. Bukan aku balik kampung. Aku rasa teruk sangat sebab buat kau macam tu. Lila, kau maafkan aku eh? Aku tak sengaja." 

" Ala...takpe. Aku faham. Hari tu lepas aku call kau, aku pergi Kinokuniya. Aku jumpa lelaki tu. Nama dia Helmi. Dia.."

" Dia kematian tunangnya kerana kanser otak." Fikri pantas memotong kata-kata Dalila. Dia mencapai jemari Dalila. Matanya tepat merenung mata Dalila.

" Dia sepupu aku. Tapi aku tak rapat dengan dia. Aku tak tau dia kerja situ. Kalau aku tahu, aku tak bawa dia jumpa kau. "

Dalila jelas terkejut. Dia pantas menarik tangannya. Dia menggeleng perlahan. 

" Takkan. Tipulah. Aku tak tau kau ada sepupu macam muka arwah. Tipu ni. Kan? "
" Tak Lila. Itu sepupu aku. Sepupu jauh." 

Dalila menangis. Dia sudah membayangkan untuk cuba memikat lelaki itu. Biarlah orang kata perigi cari timba. Soalnya, dia tenang melihat wajah Helmi. Tapi siapa sangka dia bersaudara dengan Fikri. Takkan aku nak kahwin dengan sepupu kawan baik aku. Takkan. Dia pantas mencapai tas tangannya. Air yang baru diminum separuh ditinggalkan. 

" Kau nak pergi mana? "
" Balik. Kalau kau taknak hantar, aku naik teksi. "
" Dalila. Please. Duduk. Kalau tak, aku melutut kat sini! "

Fikri cuba mengugut Dalila. Mujur Dalila beralah. Dia kembali duduk. Kakinya disilangkan lalu tangannya diletakkan di atas riba. Dia menunggu Fikri memulakan bicara.

" Ok. Aku minta maaf sebab tak pernah cerita. Well, apa pentingnya untuk kau tahu. Dah. Aku taknak cakap hal ini. Sekarang aku nak tahu, kau sudi kahwin dengan aku? Aku taklah janjikan intan berlian, harta berjuta tapi kasih sayang dan perhatian insya Allah ada. Sepenuh hati aku bagi. Aku janji, aku takkan kecewakan kau sebab aku bukan baru jatuh cinta dengan kau semalam atau 2 3 bulan lepas......" luah Fikri. Jari jemarinya bermain sesama sendiri. Jantungnya berlari laju. Nafasnya tak sekata. Kepalanya berdenyut perlahan. Ah. Dia berdebar sangat. 

" Dah tu, sejak bila? " soal Dalila kembali. Dia cuba mengingati dari waktu dia mengenali Fikri. Tak ada tanda-tanda Fikri sukakan dia.

" Sebelum arwah kenal dengan kau. "

" Sebelum? Maksud kau sejak kita di tingkatan 3? "

Fikri mengangguk perlahan. Dia masih ingat, dia selalu beratur di belakang sekali supaya dia dapat melihat Dalila dengan lebih dekat. Tengok Dalila bergurau senda dengan teman-temannya. Tengok senyumnya Dalila. Dalila sudah mencuri hatinya hampir 10 tahun. Baru hari ini dia punya kekuatan untuk menyatakan cintanya.

" Aku pendamkan sebab arwah kawan baik aku. Aku nak dia happy. Dia bahagia. Lagipun, aku tahu arwah takkan kecewakan kau. Tapi, siapa tahu Allah sayangkan dia dan dia pergi lebih awal dari kita semua. Lila, bagi aku peluang untuk mencintai dan menyayangi kau sepenuh hati aku. "

" Fik...aku...." Dalila hilang kata. Dia tidak tahu untuk menjawab apa. Dia tahu Fikri ikhlas.Dia juga tahu dia takkan kecewa dan menderita lagi. Lagi pula, mereka saling memahami. Ayah dan ibu juga berkenan dengan Fikri. Tak salahkan dia memberi peluang pada Fikri. Kalau Fikri buat hal, dia balik rumah ayah dan ibu. Biar mereka selesaikan.

" Dalila..." wajah Fikri penuh mengharap. Kotak cincin dibuka. Lalu cincin dikeluarkan. Bersedia untuk disarungkan ke jari Dalila. 

" Cepat, sebelum aku ubah fikiran, " tangannya dihulurkan sambil jari manis digoyangkan. Lalu Fikri menyarungkan cincin itu segera. Senyuman terukir di wajah mereka berdua.

" Yahoooooo!!!! Aku nak kahwin! Thanks Lila. Thanks! " Fikri menjerit kegembiraan. Pengunjung di dalam Coffee itu bertepuk tangan melihat Fikri terlalu gembira.

" Minggu ni, hantar rombongan. Ibu dengan ayah aku mesti nak anak dia kahwin dengan penuh adat. Dah. Jom balik! "

Fikri tersenyum. Terima kasih ya Allah. Syukur. Tak sia-sia usaha selama ini. Alhamdulillah.


* * * * * * * * * 

" Tahniah Fik, Lila. " Helmi menepuk bahu Fikri. Dia tumpang gembira di atas perkahwinan sepupunya. Dalila dan Fik mengulum senyum. Teringat yang Dalila mahu memikat Helmi tempoh hari. Setelah mengucapkan selama,t, Helmi meminta diri ke ruang khemah. Ingin menjamu selera katanya.

" Nasib baik honey tak jadi ngorat dia. If not, melopong abang. "
" And, nasib baik abang berani cakap abang suka honey. Kalau tak, honey pun melopong gak."
" Eh, kenapa pulak? Bukan honey sayang abang pun dulu. "
" Tu dulu. Sekarang, sayang sangat! Thanks abang. Thanks sebab bawa kegembiraan dalam hidup honey. "
" Sama-sama sayang. Abang akan bahagiakan sayang, lebih dari sayang bayangkan. "

Sebuah kucupan hingga dipipi Dalila. Kini, tiada lagi bayangan arwah Azri. Cuma ada Fikri dan dalam hati Fikri, selalu adanya Dalila. 


***happy ever after***





1 orang mendoakan:

Ferd said...

ala, nape hepi ending...

Duit Poket