CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Tuesday, April 10, 2012

Jahanam


( I )
Semalam kau datang 
Dengan hati retak ranap kau
Kau hulur kau minta aku rawat
Kau bilang kau tak terawat sendiri
Kasihan, kata aku.

( II )
Malam itu kita berdua duduk di bangku
Di tepi padang luas berteman bulan bintang
Kita duduk jarak 2 jengkal 
Kata kau tak manis orang lihat 
Andai duduk berdekatan

Kau kata, hati retak ranap kau dah terubat
Kau berterima kasih dengan aku
Kau kata aku buat kau terbang
Nun jauh tinggi ke atas awan
Aku membahagiakan
Aku menggembirakan
Aku menceriakan
Kau berjanji akan tunggu aku sampai bila-bila
Kerana takkan ada 1 gadis yang mampu membahagiakan selain aku.

( III )

Melewati detik indah kita bersama
Kini kemuncaknya tiba
Kau ternyata curang
Kau menduakan aku
Kau tegar-tegar melakukan sebegitu pada aku

Kau kembali pada dia 
Dia yang ranap kan hati kau dulu
Kau bilang, kita tak pantas pacaran berdua

Kau fikir aku apa? 
Boneka?

( III )

Hari ini,
Aku mencari sang pria yang mampu
Ubati luka remuk hati aku
Yang kau tinggalkan tak terubati

Kau,
bukan manusia.
Kau,
Setan bertopengkan manusia.

( IV )

Penyesalan tak berpenghujung aku,
Bila mengenali kau dulu
Dan setelah bertahun-tahun hati kau aku rawat,
Akhirnya aku ditinggalkan.

Jahanam!


1 orang mendoakan:

Mashe said...

aku faham. :)

Duit Poket