CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Monday, April 23, 2012

Erti Hidup


Berarak mendung di awan tanda bakal turun hujan. Angin yang bertiup deras menerbangkan debu-debu jalan. Asfan masih di atas motor. Dia dalam perjalanan balik ke rumah selepas seharian berhempas pulas mencari rezeki di sebuah syarikat agen insurans. Dalam kepalanya sudah membayangkan hidangan makan malam yang sudah disediakan Dira, kekasih gelapnya. 

Kenapa kekasih gelap? Dira yang dia kenal 3 tahun dulu merupakan seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi swasta di ibu kota. Perkenalan tak disangka menghadirkan bibit cinta antara mereka. Setelah 6 bulan berkawan, Asfan melamarnya untuk dijadikan teman wanita. Kini, sudah hampir 3 tahun mereka tinggal sebumbung. Rutin kerja Asfan sebagai pegawai pentadbiran di situ, membuatkan dia cuma ada waktu untuk bersama dengan Dira cuma pada waktu malam. Siangnya, lebih banyak di luar. Dira yang sudah 6 bulan tamat pengajian, cuma duduk di rumah menjadi suri. Suri tidak rasmi Asfan kerana merekalah bukanlah suami isteri. 

" Sayang! Abang dah balik," jerit Asfan dari muka pintu rumah. Kasut ditelakkan di rak, helmet di simpan di bawah rak yang sama. Dia melangkah masuk dengan kaki kanan. Sunnah nabi. Melilau matanya mencari Dira. Tiada. Akhirnya dia melangkah ke bilik tidur mereka. Kelihatan Dira sedang baring di katil. Berselimut. 

" Sayang, are you okay? Demam eh?" 
" Hmmm. Sorry abang. Dira tak masak. Tak larat. "
" Macam mana boleh demam ni? Kita pergi klinik mahu?"
" Taknaklah. Dira nak tidur je. Boleh eh abang?"

Asfan mengangguk perlahan lalu tubuh Dira diselimutnya. Dahi Dira dikucup. Lalu dia ke dapur untuk mengisi perut yang menjerit-jerit kelaparan. 

" Dira, you tinggal rumah I eh? Rumah I tak ada sapa pun. I tinggal sorang. "
" Nanti kalau kena cekup macam mana? Sape nak jawab? I tak mau Aan."
" Rumah I takde sape nak cekup. Jangan risau. Tapi, you kena pretend macam you wife I lah. Boleh?"
" Maksud you apa?"
" We practice the marriage but without getting married."
" Bersekedudukan?"

Asfan mengangguk. Bibirnya tersenyum lebar. Dira yang bersetuju dengan ideanya, dipeluk erat. Sejak hari tu,hidup mereka bagai suami isteri. Makan, mandi, tidur bersama. Siapa peduli? Itu kata mereka. Siapa tahu? 

"Abang, sampai bila nak macam ni? Bila abang nak jadikan hubungan kita halal?" soal Dira pada suatu malam. Waktu itu mereka baru sudah makan malam bersama. Sedang duduk rehat di ruang tamu. Asfan yan sedang menyedut asap rokok buat santapan paru-paru menjeling sekilas.

" Nantilah sayang. Abang tak ready nak ada komitment tu. Ala, sekarang pun bukan makan pakai sayang terabai. Kita hidup happy je. Apa nak risau? " balas Asfan acuh tak acuh. Asap rokok disedut lebih dalam lalu dilepaskan ke udara. 

" Dira tak sanggup lagi abang. Kita kahwin ya? Nikah je abang. Dira tak sanggup buat maksiat lagi. Abang tak sayang Dira ke? "luah Dira sebak. Air matanya yang ditahan sedari tadi mengalir juga. Asfan bangun duduk di sebelah Dira. Bahu Dira ditarik rapat ke dadanya. Lalu ubun-ubun Dira dikucupnya. Air mata Dira disapu.

" Abang sayang Dira. Kalau tak, abang tak ajak Dira duduk dengan abang. Teman abang siang malam. Sabar eh sayang," lalu bibirnya mencari bibir Dira. Tangannya laju berjalan ke sini sana. Akhirnya Dira lemas dalam dilemanya sendiri. 

Bunyi bising dari bilik air mengembalikan Asfan ke dunia realiti. Jauh dia berkhayal. Dilihat Dira sedang menekan-nekan perutnya di singki. Namun tiada apa yang keluar. Asfan mengurut-ngurut belakang Dira. 

" Sayang?"
" Abang, Dira pregnant lagi."

Asfan meraup wajah. Masuk kali ini, sudah 4 kali. Walau dia mengambil langkah berjaga-jaga tiap kali bersama, namun kadang kala tersasar juga. 

" Gugurkan sayang. Please. Abang tak sedia lagi."
" Tapi...Dira tak sanggup lagi abang."
" Gugurkan. Esok abang bagi duit. "

Lalu dicempung tubuh Dira dibawa ke katil. Kemudian dia berbaring disebelahnya. Ditarik Dira dalam peluknya. Akhirnya mereka terlena bersama. Dalam diam, Asfan menyimpan angan untuk memperisterikan Dira dalam masa terdekat ini.

= = = = = 

Hari itu cerah. Tiada tanda-tanda hujan bakal turun. Asfan seperti selalu menunggang motosikalnya pulang ke rumah. Cuma hari itu, dia pulang 3 jam lebih awal. Entah kenapa dia rasa rindu pada liuk lentok manja Dira, isterinya. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah, ada sepasang kasut lelaki. Senyap-senyap Asfan menolak pintu rumahnya. Dia dapat menangkap suara hilai tawa isterinya bersusulan dengan suara garau seorang lelaki. 

Pintu biliknya ditolak perlahan. Terbuntang matanya melihat isterinya dalam pelukan lelaki lain. Lelaki itu yang terkejut dengan kehadiran Asfan pantas bangun mengutip pakaiannya dan segera beredar dari situ.

" Apa ni Dira? Kenapa Dira? Kenapa?"
" Dira...Dira...."
" Kenapa buat abang macam ni? Dulu, Dira paksa kita menikah. Dira kata taknak buat maksiat lagi. Kenapa Dira?"

Dira menarik selimut untuk menutup sebahagian tubuhnya yang terdedah. Esakannya jelas kedengaran. Entah itu kerana gembira atau takut.

" Ceraikan Dira."
" Kenapa? Dira, susah payah abang fikir baik buruknya memperisterikan Dira. Kenapa Dira?"
" Dira dah bosan dengan abang. Dira tak boleh kahwin dengan Farhan kalau abang taknak lepaskan Dira. "
" Dira binti Derus, aku ceraikan kau dengan talak 3."

Selepas menutur kata-kata itu, Asfan mencapai topi keledar yang tadinya diletakkan di meja lalu dia memecut ke arah selatan. Sewaktu tiba di satu selekoh tajam, Asfan kemalangan dan meninggal di situ. Dira yang baru sedar cinta Farhan padanya cuma sekadar permainan mula menyesali atas segala tindakannya. Anak yang dikandung rupanya anak Asfan. Bukan anak Farhan. Namun penyesalannya tiada berpenghujung. Asfan bukan saja menceraikannya dengan talak 3, malah sudah tiada di dunia lagi. Anak perempuan comel itu diberi nama Asfarina binti Asfan.

Dira berjani dengan dirinya sendiri untuk mendidik anaknya menjadi seorang gadis yang baik. Takkan dibiarkan anaknya hanyut seperti mana dirinya. Semoga anaknya membesar sebagai seorang muslimah yang sempurna. 



*ini. mengarut sedikit. stress jawab exam.maaf ya kalau tak best.*



0 orang mendoakan:

Duit Poket