CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Saturday, May 12, 2012

Kosong



Rasa bagai dihempap batu besar. Rasa bagai lemas di laut dalam. Rasa bagai....bagai...mati.Pernah rasa kosong dan hilang arah? Sakitkan? Ditambah dengan rasa sakit hilang tempat mengadu. Aku tahu, boleh mengadu pada DIA, tapi hei. Kau tetap cari bahu untuk kau bersandar bukan? Kau tetap cari telinga-telinga yang sudi yang kau harap mampu hilang kan sakit di hati. Kita manusia. Dan lumrahnya manusia, hidup saling bergantungan.Terkadang aku terdetik juga di hati, sampai bila mahu dipinjamkan bahu, dipinjamkan telinga juga jiwa. Cukup-cukuplah aku lakukan itu semua dulu. Aku ini bukan kuat hatinya. Malah jiwa aku, adalah selemah-lemah jiwanya manusia. Hei. Aku mudah menangis tahu. Terlalu mudah. Tapi, aku sudah terlalu letih menghamburkan air mata. Tak mahu hidupku berakhir seperti Kassim Selamat. Buta kedua mata. Aku masih memerlukan pancaindera untuk terus menulis di sini.Cuma harap, aku ada sedikit kekuatan, lahiriah juga batin agar aku masih mampu berdiri di atas bumi. Berjalan bersama yang lain. Kalau perlu berlari, aku lari. 


Kadang, terfikir.


" Kalau aku mati, segalanya pasti berakhirkan? "




-mellyana.sara-



2 orang mendoakan:

aindzaya said...

semua tu ttp tak akan berakhir, bila kita mati.kita masih lagi mencari seseorang yg boleh mendengar rintihan kita, walaupun hakikatnya hanya 2 malaikat bersama kita. banyakakn beramal :*

Mellyana Sara said...

terima kasih. :)

Duit Poket