CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Thursday, May 10, 2012

Bayang




Seperti yang dijanjikan, hari itu dia datang jemput aku di rumah. Katanya mahu membawa aku bertemu dengan kedua orang tuanya. Itupun setelah hampir 3 tahun kami bercinta. Sebelum ini, kalau aku tanya tentang keluarganya, dia pasti beralasan. Katanya dia belum bersedia. Namun, aku sering menemukan dia dengan kedua orang tuaku. Aku mahu dia dan keluargaku serasi bersama. 

" Kita nak pergi jumpa mak ayah awakkan? Baju saya ni ok tak? " soalku sebaik meloloskan diri masuk ke dalam keretanya. Hari itu aku mengenakan baju kurung ungu dan selendang putih. Semalam dia kata mahu aku berpakaian sopan. Kalau boleh berbaju kurung. Setelah menggeledah almari pakaian, baju kurung itu menjadi pilihan. Dia di sebelah cuma tersenyum. 

" Cantik dah sayang. " jawabnya sambil menepuk lembut pehaku. Tangannya pantas menukar gear dari P ke D dan kereta terus memecut laju. Kami dalam perjalanan menuju ke bahagian utara Semenanjung Malaysia. Keluarga dia berasal dari sana. Dia juga sebenarnya berasal dari sana. Tapi selepas tamat ijazah dulu, dia memilih untuk terus menetap di Kuala Lumpur. Sudah hampir 5 tahun dia tidak balik ke kampung. Apa bila tiba hari raya, orang tuanya yang datang ke Kuala Lumpur untuk beraya bersama. 

" Awak, saya takut lah mak ayah awak tak suka nanti. Saya ni bukan reti pakai kain batik semua. Macam mana? " Aku melahirkan gusar di hati. Dalam kepalaku sudah membayangkan aku dipaksa memakai baju kedah dengan kain batik. Seumur hidup belum pernah aku mengenakan pakaian begitu. Ah, mau terlondeh!

" Sayang, jangan risau. Mak ayah saya pasti sukakan awak. Cuma jadi diri awak je. Jangan berpura-pura. Boleh kan? " tangan aku dielusnya lembut lalu seolah mengalirkan sedikit kekuatannya pada aku.

" Ya lah awak. Herm. Saya nak tidur boleh? Nanti sampai mana-mana awak kejutlah eh? Drive elok-elok tau sayang." Lalu mataku pejam rapat. Lagu yang berkumandang dari corong radio dari tadi perlahan-lahan makin hilang di pendengaran. Akhirnya aku terlena. 


* * * * * * * * * * * * * 


Mataku buka. Seluruh urat terasa sakit. Segala sendi terasa berdenyut. Sekelilingku nampak berbeza. Bau ubat yang kuat memberi mesej bahawa aku bukan lagi di dalam kereta sebaliknya hospital. Tidak ada seorang pun yang aku kenal yang bersama aku saat ini. Wanita India di sebelah kanan aku masih terbaring. Kaki kanannya bersimen hingga ke lutut. Mukanya pula ada jahitan di bahagian pipi kirinya. Sementara di sebelah kiri aku pula, katilnya masih kosong tidak berpenghuni. Aku cuba untuk bangun duduk. Namun kesakitan yang menjalar menghalangku. Tangan kananku cuba menekan punat kecemasan di hujung kepala katil. Beberapa minit kemudian, seorang jururawat datang bersama seorang doktor lelaki muda. 

" Doktor, kenapa dengan saya? Kenapa dengan saya? Kenapa saya ada di sini? Mana ahli keluarga saya? " soalku sebaik saja doktor muda itu menghampiri katil aku. 

Doktor itu cuma tersenyum. Jururawat di sebelahnya memiliki raut wajah yang lembut dan menenangkan itu turut tersenyum. Senyuman mereka aku balas pandangan kosong. 

Doktor muda itu melakukan beberapa pemeriksaan. Setelah itu dia bertanyakan namaku, nama kedua orang tuaku dan soalan-soalan biasa yang ditanya ketika ingin mengisi borang. Fail ditangan, dicatit sesuatu. Mungkin rekod kesihatanku. 

" Cik Saffiyah, sebenarnya sudah setahun cik terlantar koma tidak sedarkan diri. Kemalangan yang menimpa cik setahun lalu hampir meragut nyawa cik. Namun kami berjaya menyelamatkan nyawa cik cuma itulah sudah hampir setahun cik koma. Pelbagai ujian kami lakukan namun hasilnya negatif. Tapi alhamdulillah hari ini cik sudah sedar. Apa pun cik jangan risau. Kami sudah menghubungi ahli keluarga cik tadi dan mereka dalam perjalanan ke mari. Cik sabar ya. "

Setahun koma? Maksudnya sudah setahun aku di hospital ini? Sudah setahun jugalah aku berkampung di hospital ini. Zairy! Mana Zairy? Perlahan-lahan memori setahun lalu menjengah di minda. Hari itu, aku dan Zairy dalam perjalanan ke kampung hampung halamannya. Aku meminta izin darinya untuk tidur. Selepas itu aku tidak tahu apa yang berlaku. Puas aku berusaha untuk mengingati, namun gagal. Kepalaku terasa berdenyut.

" Cik Saffiyah, tenang ya. Ada beberapa hal yang cik tidak mampu untuk ingat dan ia mengambil sedikit masa. Jangan paksa diri cik. Berusaha secara perlahan-lahan. Mungkin keluarga cik dapat membantu. Tak apalah. Cik rehat dulu. Nurse, berikan pesakit ubat ini dan biarkan dia berehat. "

Selepas itu, kedua doktor dan jururawat itu pun berlalu pergi meninggalkanku. Lima minit kemudian, jururawat muncul dengan ubat dan segelas air sebelum aku ditinggalkan kembali. Selepas menelan beberapa biji pil tersebut, mataku mula memberat dan akhirnya aku tertidur kembali.

* * * * * * * * * * * * * 

Terasa rambutku dielus seseorang. Aku pantas membukakan mata. Zairy! Aku bangun duduk lalu cuba memeluk susuk tubuhnya. Namun dia pantas menjauh. Bibirnya ingin menyatakan sesuatu tetapi seakan terhalang.

" Awak...saya rindu! " aduku. Sungguh aku rindukannya. 
" Saya tau sayang. Saya pun rindu." jawabnya lembut. Matanya bersinar. 
" Awak...saya nak keluar dari sini. Please bawa saya keluar. Saya tak suka duduk sini lama-lama. "
" Esok eh sayang. Esok saya bawa sayang keluar dari sini. Saya janji. "

Tiba-tiba langsir yang memisahkan antara katil aku dan katil sebelah diselak seseorang. Ibu! Ayah! Ibu memelukku erat. Dia menangis. Mungkin menangis kesyukuran kerana akhirnya aku teredar dari koma. Ayah pula mengusapkan kepalaku seperti selalu. Tangannya aku capai lalu aku kucup. 

" Alhamdulillah nak. Doa ibu siang malam akhirnya dimakbulkan DIA," ucapnya sambil memeluk erat tubuhku. Zxafry yang tadi berdiri sebelah aku, kini berundur ke dinding kamar wad aku. Dia cuma memerhati dari situ. Aku ingin memberitahu ayah dan ibu yang Zairy ada di situ tapi dia pantas meletakkan jari telunjuknya di bibir. Menghantar isyarat supaya aku mendiamkan diri.

" Setahun sayang koma. Ibu nak pindahkan kamu ke hospital yang dekat dengan rumah kita, tapi doktor di sini menyarankan supaya kamu dibiarkan di sini supaya senang mereka memantau kamu. Jadi, seminggu 3 atau 4 kali ibu akan ke sini. Maafkan ibu ya. Bukan ibu sengaja tiada saat kamu sedar tadi. " 

Ibu mengusap rambutku. Ada titis air mata mengalir di wajahnya. Pastinya dia berasa bersalah kerana tiada waktu aku sedar tadi. Bagi aku, tak apa. Aku faham. Lalu aku memeluk ibu erat.

" Fiya faham ibu. Tak apa. Ibu, boleh tanya doktor tak bila fiya boleh keluar dari sini. Fiya nak balik rumah kita ibu. Bolehkan? "

Ibu mengangguk. Kemudian dia meminta diri dengan ayah. Mereka berdua berlalu mencari doktor yang bertanggungjawab merawat aku. Aku mengambil peluang itu, untuk berduan dengan Zairy.

" Awak, kenapa tak salam ayah tadi? Tak baik tau! Nanti dia taknak kahwinkan kita baru tahu." marahku. Tadi, ketika ayah datang, dia berdiri di sebelah Zairy. Namun Zairy tidak menegur ayahku. Ayah pula seolah-okah tidak menyedari kehadiran Zairy di situ.

" Saya malulah sayang. Ala, nanti dia terima juga pinangan saya. Diakan nak tengok anak dara dia ni bahagia. Awak sayang saya kan Saffiya? " usiknya bersahaja. 

" Mestilah! Kesian awak, setahun saya koma. Awak ada cari orang lain tak?" 

" Mana ada! Saya teman awak hari-hari kat sini tau. Awak, saya sayang awak. Saya sayang awak sangat-sangat! Sayang sangat! " 

" Saya pun sayang awak! Awak jangan tinggalkan saya ya! "

Tiba-tiba ibu dan muncul dengan seorang doktor dan seorang jururawat. Wajah mereka kelihatan pelik.

" Fiya cakap dengan siapa? " soal ibu hairan. Dia melihat ke sekeliling bilik. Kemudian dia memandang wajah ayah.

Zairy yang berdiri di belakang mereka tersenyum kemudian meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Aku yang faham, sekadar mengangguk. Nakal la awak ni!

" Fiya tak cakap dengan siapa-siapalah ibu. Ibu salah dengar ni. "
" Takkanlah. Ibu kenal suara kamu Fiya. Tak apalah. Doktor, bila anak saya boleh keluar? "

Doktor muda itu memeriksa rekod kesihatan aku. Kemudian dia mengangguk perlahan. 

" Cik Saffiyah dah boleh keluar tapi dalam masa 2 minggu lagi kena datang untuk pemeriksaan lanjutan. Jaga diri baik-baik cik Saffiyah. Jika berlaku apa-apa, sila datang ke sini dengan segera. Saya minta diri dulu. "

" Terima kasih doktor! " ucapku riang. Ibu duduk di katilku. Aku beranjak sedikit untuk memberi ruang kepada ibu.

" Ibu, apa yang berlaku pada Fiya? Masa kemalangan, Fiya degan Zairy kan? "

" Eh, jom. Ibu kemaskan barang. Nanti kita cakap tentang hal ini. " Ibu mengelak untuk menjawab soalanku. Tangannya lincah mengemas semua barang-barangku. Aku pula menyalin pakaian di bilik air. Waktu ingin keluar dari situ, Zairy tiba-tiba muncul. Lalu dia menarik aku ke dalam pelukannya. Bibirnya mencari bibirku. Untuk beberapa saat ia bertaut. Dia membisikkan yang dia cintakan aku. Terlalu mencintai aku. Tubuh aku kejap dalam pelukannya. Dia membelai aku dari kepala turun ke leher lalu ke...

" Fiya, jom! Dah nak petang. Nak jalan jauh ni. " Ketukan dipintu meleraikan pelukan kami. Zairy melepaskan pelukan. Dia berjanji, akan datang menemui aku di rumah. Dia menyuruh aku menjaga diri. Dia berpesan lagi, jangan curang atau nakal-nakal dengan lelaki lain. Sekali lagi, sebuah ciuman singgah di bibirku.

Akhirnya, selepas setahun menetap di hospital itu, aku keluar melihat dunia! Zairy melambai dari belakang. Senyumannya mekar. Tuhan, aku cintai dia. Satukanlah kami! 



*bersambung......*



1 orang mendoakan:

monologmalamhari said...

manakah smbungannya .. cerita ini smpai ke hati aku ..

Duit Poket