CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Monday, May 7, 2012

Review Buku - Heroin dari AmalHamsan


Morning darlingssss semua.
Ahaks.
Hari ini Isnin bersamaan 7 Mei 2012.
Aku masih dalam debar menunggu result sem 3 keluar ni hah.
Debaq gila baq ang!

Btw, di sini aku ingin memberitahu
Aku nak review 1 buku yang bagi aku sangat bagus, sangat hidup dan menyentuh jiwa.
Kenapa?
Sebab dari mula kisah pertama sampai la ke cerpen panjangnya,
air mata tak berhenti mengalir.
Macam hujan. Kejap hujan, kejap berhenti. Kejap hujan balik, lalu bah.

So, ini bukunya,

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Apa ni? Heroin? Buku apa ni? Kalau di tengok dekat cover page ni hah dia tulis " You're a victim of your own mind. " Mendalam kan maksud dia? Pada aku, dari cover ni apa dia cuba sampaikan, kau ni mangsa pada pemikiran dan tindak tanduk kau. Haish. Buku ini koleksi cerpen. Cerpen gadis-gadis yang hampa dan patah hati. 


But wait! Bukan hampa dan patah hati macam korang fikir. It's totally different. Why?

Sebab, dalam hampa, dalam kecewa, mereka ( banyak sangat watak so aku guna merekalah ya ) mencuba. mereka cuba gapai apa mereka mahu. mereka usaha. jatuh. usaha lagi. dan akhirnya, mengalah.
Waktu aku baca buku ni, sesungguhnya aku merasakan seolah-olah setiap watak yang ditindas, yang dipatahkan hatinya, yang dikecewakan hidupnya adalah aku. Korang pasti pernah rasa semua tu sekali dalam seumur hidupkan?

Sebelum itu, dalam buku ni 9 cerpen dan bonus 1 cerita Julia. 9 cerpen tu ialah ;

1. Filem Fiksi
2. Gadis Sigaret
3. Simetri
4. Khilaf
5. Hanyut
6. Indikasi
7. Saatnya
8. Penulis
9. Once

10. JULIA

Cerpen Julia, nanti2 la aku review. Sebab panjang. Aku nak review cerpen dulu. 

Cerpen yang paling sentuh hati, Once. Phew, aku tahu apa si Saila rasa bila Alias tinggal dia tanpa pesan. Hilang macam tu. Hilang tak ada khabar. Rasa marah? Aku tak rasa Saila marah pada Alias. Sebab? Dia cintakan Alias. Cam aku, sayangkan Iman. =) Macam mana Alias tiba-tiba hilang, macam tu juga Alias. Cuma beruntungnya aku, dia mungkin baca status FB aku, baca blog aku dan akhirnya dia memunculkan diri. Tapi, masih tetap tak jadi milik aku. Baca cerita ni, penghujungnya aku menangis cam baru putus cinta.
:') Thank Amal sebab tulis sesuatu dekat dengan hati aku.

Cerita kedua, Gadis Sigaret. Ini tentang seorang gadis Indonesia yang belajar di Malaysia kemudian jatuh cinta dengan seorang pelajar di kampusnya. Menjalin cinta  hingga ke saat dia dipanggil pulang untuk belajar dengan tunangannya. Tahu tak apa rasanya? Si gadis memohon pada lelaki itu agar jalan melepaskan dia. Sama-sama berusaha untuk memperjuangkan cinta mereka. Namun si lelaki menjawab,

" Dan aku tak mahu satu hari nanti hak aku , hakku ditarik semula andai hari ini aku mengambil hak orang lain. "

Masa aku baca ni aku rasa macam - 

gadis tu aku. gadis yang terhimpit antara tuntutan hati, keluarga dan kekasih. lelaki itu berkorban hatinya demi sebuah janji dan dia....

ah~ baca sendirilah kan. 

=)

Cerita ketiga, Indikasi. Phew. Ini best. Dia macam ajar kita benda ni,

" Kau suka, kau nak baik kau rembat cepat. Otherwise, you're just too late bro! "

dan si perempuan pula ;

" Sebab sayankan awak, lebih baik kita tak bersama. "

deyyum! sakit baq ang! 


Apa pun, aku puas baca buku ni. PUAS!

Cukuplah ya review tak seberapa. Hingga kita berjumpa di review seterusnya.

Lepas ni aku akan review 2 buku :

1. Kitab Sangcupid dari Buku Hitam Press
2. Kontrol Histeria dari Lejen Press

Adios!


5 orang mendoakan:

Amal Hamsan said...

haha. thanks untuk review ni. tapi sebenarnya Filem Fiksi. bukan Faksi. hehe

Mellyana Sara said...

hehehehe. malunya. macih ye bagitau. malunyee!

Martini Muaz said...

I look forward to your review on Kontrol Histeria. Aku penat baca tak khatam-khatam lagi. harhar

Mellyana Sara said...

phew...sabar ye. hahaha. buku tu kene tulis bebetul. takut salah tulis. muehehe!

EZAN IDMA said...

hewww, mula2 dah tengok dh buku ni kat booth lejen hr tu, tapi was2 nak beli, i think i should buy bile baca review dr you.

Duit Poket