CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Monday, June 25, 2012

Aku Okay!



Sofia gigit bibir sambil bermain dengan jarinya sendiri. Semalam Hakim telefon kata mahu jumpa dia di KL Sentral. Sudah dua jam Sofia tunggu. Jangan kata batang hidung, bayang si Hakim pun tak nampak. Dikeluarkan Samsung SII dari beg, cuba menghubungi Hakim sekali lagi. Masih suara gadis operator yang menjawab. Sofia makin resah. Sedang Sofia masih gigit bibir sambil bermain jarinya, Hakim muncul. Berjalan bersama seorang gadis kecil molek bertudung ala Yuna.

" Maaf. Aku lambat. Lama dah sampai? "
" Baru lagi. "

Sofia berbohong. Tak mahu Hakim rasa bersalah. Mereka bertiga berjalan bersama menuju ke KFC ditingkat atas. Hakim beriringan dengan gadis bertudung ala Yuna dan Sofia berjalan di belakang mereka. Ceria betul mereka berdua. Sofia gigit bibir lagi. Sampai di kaunter, masing-masing membuat pesanan. KFC kan? Haruslah ayam. Sofia memilih Hot and Spicy manakala Hakim dan gadis bertudung ala Yuna memilih original.

" Siapa ini? " soal Sofia. Tangannya lincah meracik-racik isi ayam. 
" Oh, lupa aku nak kenalkan. Ini Tira. Bakal tunang aku. Tira, ni Sofia, bestfriend yang I selalu cerita. "

Tira senyum. Sofia membalas. Tak ikhlas. Perbualan mereka cuma berkisar tentang tarikh majlis pertunangan mereka. Tira senyum manis, Hakim berbunga, Sofia gigit bibir. Sebelum mereka berpisah, Hakim sempat mengingatkan Sofia supaya hadir di hari pentingnya nanti. Tira menghulurkan tangan untuk bersalam. Sofia menyambut. Tak ikhlas.

Sofia menghantar mereka berdua balik dengan hati yang kosong. Dikeluarkan Samsung SII dari beg, ingin menghantar pesanan ringkas untuk Hakim. Jarinya pantas menaip. Lalu butang send ditekan. Kemudian Sofia berjalan keluar ke tempat menunggu teksi. Sebuah teksi di tahan dan pemandunya seorang India tua. Mungkin sebaya ayah Sofia.

" Uncle, Hentian Pudu Raya. "
" Baiklah.

Dan teksi pun berlalu meninggalkan KL Sentral menuju ke destinasi pilihan Sofia.

* * * * * 

Nokia Lumia milik Hakim berbunyi isyarat sms masuk. Lalu sms dibaca. Ianya datang daripada Sofia. Hati Hakim pecah. Sofia....

" Kau jangan risau. Biar semua lelaki patahkan hati kau, tinggalkan kau, aku akan selalu ada untuk kau. Aku janji aku akan temankan kau. Aku akan selalu ada untuk kau. Sampai bila-bila Sofia. Sebab, aku sayangkan kau. Aku sayangkan kau lebih dari nyawa aku sendiri. - Hakim, kau masih ingat ayat ni? "


0 orang mendoakan:

Duit Poket