CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Saturday, July 14, 2012

Kotak Bereben Ungu dan Herman

Herman. Itu nama dia. Ensem ke? Biasa saja. Tapi dia romantik. Dia selalu belikan aku lolipop dekat sebeneleben bila kami dating. Dia kata, isap lolipop lagi sedap dari makan ais krim. Dia suka tengok aku kemam-kemam lolipop itu. Kadang-kadang dia belikan aku teddy bear. Tak besar. Sederhana saja saiznya. Dia suruh peluk kalau aku rindu dia. Well, sebab aku selalu rindu dia, selalulah aku peluk. 

Suatu petang waktu kami dating di taman sambil ditemani suara riang kanak-kanak bermain, dia bagi aku satu kotak berwarna ungu. Siap ber-reben. Comel! Kata aku. Terkejut sebenarnya. Kebetulan aku sampai lebih awal dari dia. Jadi terpaksalah aku menunggu. Sedang aku leka melihat kanak-kanak itu berkejaran, dia datang sambil menghulur kotak berwarna ungu. Dia kata, buka sekarang. Aku kata, tunggu baliklah. Dia paksa. Aku akur.

Tali reben aku tarik perlahan. Terurai reben, terbuka kotak. Oh, ada sesuatu di dalamnya. Aku tarik keluar. Ada balang kaca di dalamnya. Aku tanya, untuk apa? Dia kata,

" Kalau aku mati, gali kuburku, ambil hati, masukkan dalam balang ini. Simpan. Supaya kau tahu kita dekat. Tidaklah kau rindu aku sangat nanti."

Aku kata, dia gila. Mana mungkin aku mahu menggali kuburnya. Ambil hatinya. Gila! Gila!

" Kau sayang akukan? Buat demi cinta kita. Aku tak mahu, roh aku di bawa ke sana. Biar aku dekat dengan kamu. "

Aku masih menolak. Aku takkan lakukan. 

" Aku sayang kamu. Tolong lakukan untuk itu. Aku merayu. "

Balang kaca dihulur, dibawa ke dadaku. Lalu dahiku dikucupnya hangat. Selepas itu dia membawa aku pulang. Dan malam itu, aku terima berita dari merpati belaannya, dia telah mati tercekik lolipop. Kata merpati lagi, dia suruh aku lakukan segala apa yang Herman pesan.

Dan sekarang, aku sedang duduk meja sambil memerhati balang kaca. Entah kenapa, tiba-tiba perut aku rasa lapar. Hati di dalamnya nampak menyelerakan. Mungkin selepas ini, hati Herman akan sebati dengan jasad aku? 



2 orang mendoakan:

Jiwa Perempuan Gila said...

ini best .

tapi lucu :)

Mellyana Sara said...

:)

Terima kasih.

Duit Poket