CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Monday, July 30, 2012

Pilihan

'Kalau dah memang tak ada jodoh kita, apa lagi boleh saya buat? Kalau saya tahan, awak tetap pergi. Kalau terus bersama, awak dan saya takkan bahagia. Keputusan ini terlalu berat untuk saya. Pilihan yang bukan pilihan untuk saya. Tapi kalau benar itu yang awak mahu, saya rela melepaskan. Halalkanlah segalanya. Tiada daya saya menghalang awak lagi. Selamat berbahagia.'  

Butang hijau ditekan. Sms dihantar. Separuh jiwa melayang bersama. Pergi bersama perginya dia. Rela dalam paksa. 

Malam sebelumnya kami bergaduh besar. Aku terjumpa sms dia bersama perempuan lain dalam Samsung SIInya. Bila ditanya, dia beralasan itu cuma kawan. Mana mungkin cuma kawan kalau sudah bersayang-sayang. Akhirnya, kerana tidak tahan disoal berulang kali, dia akui itu cinta hati. Sudah dua bulan menjalin hubungan rahsia dan akhirnya aku dipersia. 

" Kenapa duakan saya? Apa tak cukup segala saya beri? "
" Maafkan saya. Hati saya tak cukup setia mencintai. "
" Kenapa awak? Bertahun lamanya kita bersama, ini pengakhirannya? "
" Awak layak untuk yang lebih baik. Dan ia bukan saya. "
" Bagaimana harus saya hadapi semua ini?"

Dia membisu. Melihat aku cuba menahan tangis, buat dia sakit. Bahu aku dipegang, lalu aku ditarik ke dalam dakapannya. Terasa dia membelai rambutku seperti selalu. 

" Awak, harus kuat. Saya minta maaf, saya tahu saya dah sakitkan awak. Saya tak tahu macam mana harus saya ucap kata maaf. Tapi jujur, saya rasa bersalah. Bukan saya tak bahagia dengan awak. Cuma saya leka dengan cintanya dan saya tak mampu untuk patah balik. Awak carilah lelaki yang bukan cuma menyintai awak tapi mampu menjaga dan melindungi awak. Saya, bukan untuk awak, " bisiknya di telinga. Air mata makin lebat menuruni pipi.

Aku mendakapnya makin erat hingga aku boleh dengar degup jantungnya. Namun tiba-tiba dia melepaskan pelukan. Dahiku di kucupnya hangat.

" Ingat sayang, awak harus kuat. Anggap saja saya lelaki tak guna yang pernah muncul dalam hidup awak."
" Tapi saya.... "

Jari telunjuknya pantas diletakkan dibibirku. Dia bangun. Melihat aku untuk kali terakhir dan selepas itu dia berjalan pergi. Bukan cuma dari sisiku tapi dari hidupku. Tiada lagi dia yang aku cinta.

                              * * * * * 

Dalam samar aku nampak dia berjalan berdua berpimpinan tangan dalam busana pengantin serba putih dan duduk disinggah sana dengan si dia. Dan saat itu aku tahu, dia bahagia dengan pilihannya. 


4 orang mendoakan:

Raja Fiqri Fauwaz said...

Tak mengapa, akan datang Adam yang sanggup dihukum untuk Hawanya.

Wanita itu, pertama tujuan diciptanya untuk dicintai Adam. Sesudah dicintai barulah dia menyintai.

Mellyana Sara said...

:)

EZAN IDMA said...

Mecintai tak semestinya memiliki bukan?

Mellyana Sara said...

tepat. :)

Duit Poket