CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Sunday, September 23, 2012

Lelaki Itu


Dalam turunnya hujan lebat, aku nampak dia. Jalannya tidak berpayung dan dia kebasahan. Aku lihat langkahnya longlai. Kaki diatur kadang tersadung sendiri. Hingga akhirnya dia melewati di depan aku. Aku perhatikan dia lama. Dia bagai hilang cahayanya. Akhirnya, aku beranikan diri menegur dia. 

"Awak!"

Dia menoleh. Mencari. Dan dia nampak aku. Duduk di bangku perhentian bas dengan tangan kanan menggengam erat sekaki payung dan di sebelah beg hitam erat dipeluk. Dia perhatikan aku lama. Dia renung aku atas bawah. Cuba mengingati. Mungkin. Kemudian, dia merenung tanah. Menggeleng perlahan. Seketika. Dan akhirnya dia mendongak melihat aku sebelum dia kembali menyambung perjalanannya yang entah di mana penghujungnya. Dia berubah. Benar-benar berubah. Dia, bukan seperti yang aku pernah kenal dulu.

Seperti  klisenya drama melayu, hari itu dia tinggalkan aku dalam hujan lebat. Di bawah perhentian bas yang sekarang aku duduki, dia lafazkan kata akhir. dia bilang dia sudah punya cinta baru dan dia akan lebih bahagia dari saat-saat dia bersama aku. Aku merayu. Aku pujuk. Aku rayu lagi. Aku mahu dia terus bersama. Aku rela menjadi seperti dia mahu. Aku rela ketepikan segala prinsip yang aku junjung. Demi dia. Tapi katanya dia,

" Tanpa kau aku takkan mati. Ada ramai perempuan mahukan aku. Pergi jahanam dengan cinta kau! Aku tak perlukan kau lagi."

Dan dalam hujan lebat itu aku nampak dia pergi. Sekali lagi.

0 orang mendoakan:

Duit Poket