CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Saturday, September 22, 2012

Pesan Dia






Tadi di kedai, elok saja aku jejakkan kaki, telefon berbunyi. Tertera di skrin, Pais. Aku senyum. Pantas butang hijau aku tekan. Suara garau dia menyambut aku di hujung talian. Rindu.

"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."

Selepas itu aku berjalan ke belakang kedai lalu duduk di kerusi merah. Biar jauh dari mama, dari adik.

"Apa khabar?"
"Baik. Awak?"
"Alhamdulillah."

Selepas itu sepi memenuhi ruang antara kami. Seingat aku, sudah lebih 2 minggu aku tak dengar suara dia. Selepas itu ;

- apa cerita terbaru?
- saya dah berhenti belajar.
- sebab?
- tak boleh bawak.
- dah tu buat apa sekarang?
- keje ngan mama sampai satu masa saya rasa saya nak sambung belajar atau ada sesuatu yang berfaedah untuk saya buat.

Aku dengar dia mengeluh berat. Mungkin hampa dengan jawapan aku.

- Awak kat mana?
- Putrajaya.
- Rumah kakak?
- Haah. Rumah kakak.
- Sampai bila?
- Sampai saya sihat.

Aku diam. Sampai dia sihat? Bila? Esok? Lusa? Seminggu lagi? Atau setahun?

- Awak dah nak berubat?
- Hmmm...tengah kumpul duit. Cukup, operate la.
- Nanti dah sihat....awak balik sini kan sayang?

Dia diam sebelum menjawab ;

- Balik. Saya akan balik sana.
- Awak operate kat mana?
- Hospital lah. Takkan kedai bundle.
- Hahaha! Senget!

Dan sekali lagi, kami masing-masing diam hingga aku boleh dengar bunyi kipas di biliknya.

- Dah amik lesen?
- Belum. Takut.
- Cepatlah amik.
- Yer lah. Pas tu saya terus pergi cari awak k.
- Hah! Bagus. So cepat amik.

Aku senyum. Itu janji aku dengan dia dari dulu. Ambil lesen kemudian bawa dia berjalan.

- Saya nak kena pergi.
- Oh. Ok.
- Awak, jaga diri baik-baik. Erm...jaga bersungguh-sungguh.
- Baik. Saya jaga bersungguh-sungguh.
- Bagus.

Dan selepas itu, berlaku kejadian seperti selalu. Ucap 'bye bye' berpuluh kali. Selagi bukan aku yang putuskan talian selagi itulah.

Dan hari ini, seharian mood aku ceria. Seceria mentari pagi yang menerangi alam hingga datangnya senja.
Untuk awak, saya harap bila awak sihat nanti awak akan baca tulisan ni.
Pesan awak yang satu lagi, saya akan ingat dan saya takkan berhenti melakukannya.

Jaga diri awak.
Saya sayang awak.


0 orang mendoakan:

Duit Poket