CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Friday, October 12, 2012

Kehilangan Itu Pengalaman



Salam Jumaat. :)

Hari ini nak cakap tentang, kecewa. Orang-orang selalu datang bertanya dengan aku, mana dapat ilham tulis cerita cinta luka, kecewa, tragis, rendam air mata. Mulanya, aku sekadar jawab pengalaman. Tapi, bila sering disoal tanya berkali-kali, mungkin aku perlu perjelaskan mana datangnya ilham itu semua.

Ceritanya begini, 

Aku menulis tentang apa yang  pernah jadi pada aku. Tapi bukan ceritanya. Sebaliknya emosinya. Maksudnya di sini, katakanlah kau ditinggalkan kekasih sebab dia curang dan beralih kasih pada orang lain. Di sini, jangan kau tulis apa yang jadi. Tapi ambil emosinya. Kesedihan itu. Kau gambarkan cerita yang lain. Tapi masih temanya, kecewa ditinggalkan kekasih. 

Pada yang pernah baca LUKA, pasti bacakan cerpen panjang tajuk Luka. Itu kisah seseorang yang aku lihat dengan mata. Tak, aku tak kenal siapa Atirah dan Afnan. Tapi aku dengar dari mulut orang, dari yang aku baca, dan begitulah kisahnya. Aku cuba membayangkan, andai yang kehilangan itu aku. Dan hasilnya, seperti kalian baca. Jujur, aku yang baca balik pun nangis. 

Jadi, bila mana kita kehilangan seseorang, kadang jangan dijaja cerita pada orang. Tulislah. Tulis walau sebaris ayat tapi mampu melegakan. :)

Putus cinta dan aku keluarkan LUKA. Pedulilah apa orang kata. Dan aku rasa, ramai lagi penulis muda sekarang, lebih lagi dalam aliran alternatif yang menjadikan pengalaman kehilangan sesuatu yang berharga. Sebab, bila kau baca balik apa yang pernah kau tulis, waktu itu kau akan sedar yang kau sebenarnya dah move on dari rasa kehilangan.
Tuhan hadirkan seseorang dalam hidup kita, munkin sebab nak bagi kita pengalaman. Dan kehilangan itu pengalaman yang menunjukkan kau semakin dewasa.

Jadi, bergembiralah kalau kau pernah putus sebelum kau temu bahagia.
Aku dah 5 kali. Dan aku masih mampu bernafas dan berlari.

Sebab, Tuhan tak pernah mati dalam jiwa aku.
Dan aku tahu kau pun sama.

So, senyum! :D





3 orang mendoakan:

Nur-nba said...

Salam singgah.. Betul tu pengalaman memang mendewasakan kita.. Jangan toleh ke belakang, bangkitlah dari kekecewaan.. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..

Mellyana Sara said...

setiap yang berlaku adalah pengalaman. :)

Mellyana Sara said...
This comment has been removed by the author.

Duit Poket