CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Saturday, October 27, 2012

Siapa Awak Nak Lawan Takdir?



Kata seorang teman di hujung telefon tadi ;

" Ni saya nak tanya awak, siapa awak nak lawan takdir? Dengarlah cakap saya, jangan lawan takdir. Nanti awak penat. Awak gila."

- - - - - - 

Setiap kali berbicara soal Iman, aku akan terus jadi seorang yang lain. Kalau dari seorang yang petah, aku langsung jadi bisu. Kalau si panjang akal, aku terus jadi buntu.

Aku ini diibaratkan bagai karam ke dasar laut yang paling dalam. Dan sekarang aku sedang berusaha untuk berenang naik ke permuakaan. Dan dalam usahaku yang satu itu, aku sering tewas lalu tenggelam ke dasarnya semula dan berenang naik ke permukaan kembali.

Atau, ibaratkan aku sedang sesat di hutan dara yang tak pernah diteroka. Aku kini sedang berusaha untuk mencari jalan pulang. Dengan keadaan serba daif, aku meraba mencari arah.

Sungguh, aku tak mahu terus begini. Sakit. Aku letih. Bukan aku tak cuba. Aku lawan. Tapi akhirnya, aku sakit sendiri. Sakit kerana cuba lawan apa yang aku mahu. 

Dan perbualan dengan seorang teman tadi, buat aku terfikir. Tanyanya ;

" Saya nak tahu kalau awak jumpa Iman, dia ada depan mata awak sekarang, apa awak nak buat?"

Dan jawapan aku,

"Entah. Saya tak tahu."

Apa aku nak buat? Pelok? Ajak kahwin? 
Aku tak tahu. 
Dan aku rasa, teman aku ni dah tinggal aku satu soalan yang bagus untuk aku fikirkan sampai aku letih. 



0 orang mendoakan:

Duit Poket