Bila sendiri di kamar
Sesuatu yang selalu temani
Memori
Dan kadang aku harap yang memori itu cuma mimpi
Yang aku boleh usir bila aku benci
Dan aku boleh cari bila aku ingin
Gila kan?
Kadang
Bila sunyi
Bila dingin
Yang dimahu cuma sesuatu yang sudah kekal jadi memori
Kemudian
Bila diingat
Langsung terbit rindu
Yang jadi lumpuh itu terus hati aku kerana sakit memori dulu
Sering aku pertanyakan pada Tuhan,
"Tuhan, kenapa kau kenalkan aku dengan dia. Kemudian biarkan aku jatuh cinta. Dan di saat aku sudah melayang nun jauh ke angkasa, Kau ambil dia pergi?"
Tapi Tuhan tak jawab.
Mungkin belum masanya pertanyaanku dibalas Tuhan.
Mungkin Tuhan mahu aku cari jawapan aku sendiri.
Jawapan yang sampai mati
Aku takkan temu
Sebab yang tinggal cumalah hanya
Memori
2 orang mendoakan:
memory is really the worst enemy :(
indeed.
Post a Comment