CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Tuesday, December 25, 2012

Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013






Hampir setahun sudah. Setahun penuh warna warni dan coraknya tersendiri. Setahun tersimpan lara dan tersembunyi cerita.

:)

Tahun 2012 ini aku nak raikan dengan insan terpilih! Hikhikhik


Siti Liyana sahabat dunia akhirat, susah senang, tangis gembira.
Ariff Masrom adik seibu sebapa. 
Sonia adik separa gila separa normal.
Erika adik lemah lembut.
Mas adik yang memahami

Dan teristimewa,

Fatrim Syah ini sahabat sudi mendengar, melihat dan membaca juga memahami aku apa adanya. Selalu ada disetiap kesulitan aku berkarya. Sahabat setia dunia akhirat. 

Ini di UTAR dan laman muka buku. Katanya,

"Kamu datang ke rumah ku jam berapa pun, aku bukakan pintu. Telefon aku waktu mana pun, pasti akan aku jawab. Persahabatan ini bukan untuk sementara tapi sampai bila-bila."

Terima kasih untuk 2012 yang bermakna.

 - - - - - - - - - - - - 

Pencapaian?

Kah kah kah! Gelak dulu k.

Dari awal tahun 2012 hingga lah Jun 2012, takde mende nak dibanggakan pun. Tapi bulan Jun. dengan keberanian berbaki dalam diri, LUKA di keluarkan. Dalam kepala fikir, siapa nak baca? Tapi, usaha juga. Iklan kan di pesbuk dan tuiter. Dan hari ni, dah lebih 100 naskah terjual. :)

Hasil dari LUKA, proposal dihantar ke 2 publisher diterima. Dan salah satu siap. Tiada aral, by next year adalah hasilnya. Yang satu lagi, sangkut2 sebab temanya berat. 

Dan satu pencapaian lain, 

LARI DARI SYURGA. :)
Terima kasih Buku Hitam Press untuk ruang dan peluang. 

Ini bukunya.


*LUKA - design istimewa dari seorang sahabat. 




Menutup tirai 2012 dengan senyum di wajah.
Alhamdulillah.






Hye 2013.
Selamat datang.

Kepada Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, kawan baik saya yang bertukar tiap tahun yakni September, October, November dan Disember, nama saya Amalia Masrom. Selamat berkenalan.

Tahun 2013 ada beberapa benda manis akan berlaku.

So, selamat maju jaya untuk saya dan awak semua!

=)



p/s: salah satu #Azam2013 nak kawen. Mohon carikan pakwe Liverpool bujang untuk gua ejas! Kah kah kah!

0 orang mendoakan:

Duit Poket