Untuk kamu,
Setelah sekian lama menunggu,
Bersabar dan percaya,
Pada jalan cerita takdir Tuhan,
Kau datang dan membahagiakan.
Tak sempurna tak mengapa,
Kita saling ada.
Untuk kita ; sama-sama.
Ini janji lahir dari hati,
Untuk kau nikmati,
Sampai aku mati.
Moga mampu aku tunaikan,
Mula saat ini sampai tiba hari ijab kita,
Menuju masa tua kita nanti.
Aku,
Tak janji sejuta bahagia.
Tapi bila mana kau perlu,
Aku akan selalu ada.
Untuk kau bangun dan melawan,
Untuk kau perjuang dan pertahankan.
Selama mana kau mahu.
Moga restu Tuhan, ibu ayah sentiasa mengiringi kita.
:)
Ratapan merapik
6 years ago
2 orang mendoakan:
bertuah la lelaki pilihan tu kan : )
bertuah sangat. :)
Post a Comment