CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Monday, January 14, 2013

Langkah Pertama


Assalamualaikum.

:)


Semalam, 13 Januari 2013 yakni 2 minggu selepas aku dan Ferd declare as kapel, aku bawa dia jumpa mama ayah. Jumpa famil. Adik-adik dan opah. Awal sangat? Ok begini. 

Pasangan yang bercinta zaman sekarang, mesti amik masa yang sedikit lama untuk bawa pasangan jumpa mak ayah. Ada yang kapel pun senyap-senyap tak mahu mak ayah tahu. Pada aku, itu boleh bila mana yang bercinta itu masih awal remaja. Tapi pada aku yang dah umur 26 tahun dan dia 29 tahun, perkara macam tu tak sesuai lagi.

Restu. Hal paling mahal dalam sebuah perhubungan. Aku tak suka mak ayah aku tak kenal dengan siapa aku berkawan. Dan, seminggu selepas kami kapel aku usulkan pada Ferd, aku nak bawa dia jumpa mak ayah aku. Dan, tak sangka dia setuju. Aku ingat dia akan tolak. Yelah. Baru sangat. Tapi ternyata dia sudi. Sumpah aku terharu! 

Selama hari ini, mana-mana lelaki aku kapel sekor pun tak nak jumpa mak ayah aku. Dan itu salah satu sebab kenapa aku tak kekal lama dengan diorang. Aku tak boleh. Kau taknak jumpa mak ayah aku, sama macam kau tak serius dengan aku. Bukan nak ajak kawen terus. Jumpa. Sembang-sembang dengan mama ayah, cukup. Dan tahniah untuk Ferd sebab dah lepas fasa pertama. :) Sayang awak. 




Dulu, sebelum aku jumpa Ferd aku fikirkan aku akan bujang sampai mati. Sebabnya aku susah sangat nak jumpa lelaki yang kena dengan jiwa pelik aku. Boleh terima sikap kasar aku. Tapi, tulisan takdir Tuhan tu memang dah cantik sangat. Aku jumpa Ferd di twitter. Kenal. Bercinta. 

Dan semalam, keluar ke KLCC. Dari Bukit Beruntung dengan kereta, kemudian ke Wangsa Maju sebab ada hal sedikit. Alang-alang, terus amik Putra ke KLCC. Untuk beberapa jam yang ada tu, semakin kenal dengan dia. Perangai pelik dia. Hikhikhik! 

Orang makan eskrem mcflurry dengan sudi walau cair, dia bantai minum. Ok. itu pelik pada aku. Dengan sos cili dia buat kuah. Pedas kot! :)

Dan semalam, mama sms aku lepas dia dah balik. Kata mama, muka kami sama dan katanya lagi itu petanda jodoh. Tapi pada aku, itu baai restu dari mama. Ayah pulak kata, bila dia masuk meminang? Hikhikhik! Maknanya ayah setuju dengan pilihan aku Opah pun ok. Ah, sekapal dengan dia. Penang. Senang buat kira nanti. Kah kah kah!.

Pada Ferd, terima kasih seadanya awak terima saya. Saya tak janji kesempurnaan pada awak. Tapi insyaAllah dengan cinta dan kasih yang melimpah untuk awak, saya akan cuba bahagiakan awak. Semampu saya. 

:)

Moga jodoh ini untuk kita. Saya tunggu awak. Jangan risau. Tapi janganlah lama sangat ya. Hahaha!

Again, i love you so much. 


*doakanlah agar hubungan kami ini berkekalan ya?"


2 orang mendoakan:

FERD said...

terima kasih syg sebab terima perangai pelik abg kah kah kah.

terima kasih syg sebab penulisan yang sweet sgt.

abg syg syg.

Mellyana Sara said...

Kah kah kah!

I heart yu lah abang! :P

Duit Poket