CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Saturday, January 12, 2013

Bukan Jodoh


Dia duduk bersimpuh di sisi aku sambil tangannya diletakkan di atas riba. Mulutnya terkunci rapat. Dia tunduk. Merenung rumput yang menjadi alas kami. Aku cuma mampu bersandar di batang pokok yang menjadi bumbung kami waktu itu. Melindungi kami dari terik matahari. Hal ini harus diselesaikan segera. Aku tidak mahu dia menanam harapan untuk terus bersama aku. 

"Bukan itu maksud aku Fella. Aku cuma nak kau faham. Susah untuk aku terima kau dalam hidup aku."

"Sebab kau tak pernah nak move on Wafi. Kau pilih untuk duduk di hadapan pintu yang sama. Kau tak penat?"

"Tak. Sebab itu tandanya aku lelaki setia."

"Setia pada yang dah mati? Buang masa."

"Kau tak faham! Kau tak layak cakap pasal dia."

"Kau buta Wafi. Aku kat sini, depan mata kau. Aku terang-terang dah cakap aku sayang kau. Cinta kau. Tapi kau nak juga menghambakan diri pada cinta yang dah lama pergi. Terima hakikat, Hajar tu dah mati!"

Sepi. 

Apa dia ingat move on tu macam kau main PS? Kau kalah, ah tak apa. Kau boleh fight lagi. Damn! Orang lain memang susah nak faham apa kita rasa. Lagi-lagi perempuan di hadapan aku ni.

"Sudahlah. Percaya cakap aku, kalau kau bersama aku, kau takkan bahagia. Merana. Kau nak begitu?"

"Tak apa. Asal saja aku bersama orang yang aku cinta?"

"Walau kau sebenarnya bertepuk sebelah tangan?"

Fella mengangguk perlahan. Matanya merenung aku dalam. Aku faham renungan itu. Tapi maafkan aku Fella. Maafkan aku.

"Lalu apa bezanya kau dan aku? Kau mencintai aku yang takkan membalas cinta kau dan aku mencintai Hajar yang sudah bertahun-tahun pergi. Cinta aku juga takkan dibalas meski sampai aku mati."

"Kita boleh mencuba. Tak cuba, manakan tahu hasilnya."

Senyum. Fella, Fella. Kau memang takkan faham dan tetap dengan kedegilan kau. 

"Aku mahu bahagiakan orang yang aku sayang. Bila mana aku gagal, itu suatu beban yang terpaksa aku pikul. Kau takkan bahagia dengan aku Fella. Sudahlah. Carilah yang sudi mencintai kau lebih dari kau lakukan."

Dan, sejak hari itu sang suria bagai tak pernah wujud dalam hidup Fella. Hakikat yang terlalu pahit untuk dia terima. Mencintai orang yang mencintai orang lain, itu baginya sudah terbiasa. Tetapi, mencintai orang lain yang sudah tidak wujud atas dunia,  bagaikan satu kekalahan maha hebat padanya.

Apa istimewanya Hajar hingga cintanya tidak berbalas? Namun soalan itu ditelannya sendiri. Dia mengerti. Bukan jodoh. 




0 orang mendoakan:

Duit Poket