CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Tuesday, June 29, 2010

Motivasi Dalaman


hukhuk! hari ini mell nak jadi pakar motivasi.memandangkan exam mell makin dekat terasa nak motivasikan diri sambil kongsi apa yang mell tahu dengan kawan-kawan semua.entri kali nie agak panjang berjela sebab cam banyak plak nak cite.so thanks la kat sape-sape sudi baca hingga ke penghabisan ya. =)

MOTIVASI DALAMAN?????

apa tue????? 

dari sudut pandangan mell la kan..motivasi dalaman nie sesuatu perkara yang mendorong manusia biasa itu untuk berusaha dengan cara luar biasa. mereka akan melakukan apa saja asalkan apa yang mereka inginkan tercapai.dan pada masa nie la....ada anasir jahat yang akan menghasut.pada masa itu kita mungkin mudah dipengaruhi 'dia' kalau hati kita goyah.


nampak? sering kali kita berada dipersimpangan macam nie kan?mana satukah arah yang harus kita tuju...tapi yang pasti kita akan pilih SUCCESS kan? meh sini! rapat-rapat sikit sebab mell ada 1 kisah benar nak kongsi dengan kamu semua.kisah nie jadi lama dah...tahun 1980-an dulu. cerita dia macam ni..... *background music*

SAYA JANJI SAYA GANTI BALIK!

di sebuah kampung di Pekan,Pahang hidup sebuah keluarga yang sangat miskin. Keluarga tersebut ada seorang anak lelaki bernama Badrul (bukan nama sebenar)  dan 3 orang anak perempuan. Bapa kepada Badrul sudah lama meninggal dunia kerana kanser.Cuma ibunya sahaja yang bekerja menyara keluarga mereka melalui pendapatan sebagai penoreh getah. 

pada usia Badrul 12 tahun dia menduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan yang sangat cemerlang dan diterima belajar di sebuahh sekolah berasrama penuh di Pahang juga. Hidup la Badrul di sana seorang diri tanpa siapa-siapa yang dia kenali. Sementara ibunya masih dengan kerja-kerja hariannya demi membesarkan anak-anak.

Badrul memulakan hidup barunya sebagai seorang pelajar sekolah menengah. Setiap kali peperiksaan dia pasti berada di antara 5 pejar terbaik bagi seluruh tingkatan. Dan kini sudah 5 tahun Badrul hidup sebagai pelajar berasrama penuh. Tidak lama lagi dia bakal menghadapi peperiksaan SPM. Itulah tiket dia demi mengejar cita-citanya dan memulihkan kehidupan keluarganya.Tapi..Badrul menghadapi 1 masalah besar.Dan ini amat menggusarkannya.

masalah yang melanda adalah....

DIA TIDAK MEMPUNYAI GURU FIZIK!

peperiksaan semakin hampir dan mereka semua masih tidak ada guru fizik.mereka semua terpaksa belajar sendiri dan ini amat membimbangkan Badrul.Dia belajar siang malam tanpa kenal erti penat lelah.Dia berusah besungguh-sungguh dan hasilnya...dia muncul sebagai..

PELAJAR TERBAIK!

suatu hari...ketika Badrul sedang berehat di rumah...dia menerima sepucuk surat dari pihak sekolah menjemputnya hadir ke Program Motivasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 pada tahun itu.Badrul dengan bebesar hati menerima pelawaan itu.

Ketika program tersebut berlangsung....muncul seorang pelajar bertanyakan soklan ini...

"Abang Badrul,kami semua tahu yang pada tahun lepas sekolah tidak mempunyai guru fizik.Lalu bagaimana abang belajar hingga mendapat A untuk subjek tersebut?"

Badrul tersenyum mendengar soalan murid tersebut.Lalu dia menjawab.

"Saya percaya kepada tawakal dan restu. Seumur hidup saya belum pernah saya meninggikan suara pada ibu,guru dan kawam-kawan. Pada malam sebelum exam, saya ada meminjam buku fizik dari perpustakaan.Tapi malam tu saya terlalu penat dan saya tertidur.Lebih kurang pukul 3 pagi saya terjaga.Saya terus mengambil buku yang saya pinjam dan terus buka buku tersebut.Topic tersebut topic momentum.Saya baca,baca dan baca hingga saya terlena balik.Esoknya sewaktu saya terima soalan kertas Fizik,sebaik sahaja saya selak kertas tersebut,saya amat terkejut melihat apa yang saya baca malam tadi semuanya disoal.Begitulah kisahnya."

kemudian,seorang pelajar lelaki pula bertanya.

"Abang Badrul,apakah yang mendorong abang hingga abang begitu bersemangat tanpa mengenal erti penat lelah?"

Badrul tersenyum.Lalu menjawab.

"Saya punyai motivasi dalaman.Sesuatu yang berlaku pada masa lalu yang sering memberi saya semangat agar berusaha demi masa depan.Kisahnya begini. Pada ketika umur saya 11 tahun, saya ke kebun getah membantu ibu.Setelah selesai menoreh ibu mengajak saya duduk di bawah pokok untuk memakan bekalan yang di bawa.Saya makan dengan laju.Kemudian saya katakan pada ibu biarlah saya yang pergi mengutip susu getah.Mulanya ibu tak mengizinkan sebab susu getah tersebut berat.Tapi saya degil.Saya memungut dari satu pohon ke satu pohon.Kemudiaan saya membibit dua baldi susu getah ke tempat ibu.Cuma tinggal 5 langkah sebelum sampai pada ibu,kaki saya tersadung pada akar kayu.Dan susu getah itu tumpah! semuanya! Saya menangis semahu-mahunya.Dan saya cuma mengatakan.... Ibu,saya ganti balik! Saya ganti ibu! Saya ganti balik! Saya ganti balik berulang-ulang kali.Dan ibunya hanya mampu menangis melihat saya meraung seperti itu.Dan apabila saya rasa penat,letih,saya akan ingat kejadian itu dan lepas itu,semangat saya membara kembali."

Semua yang ada didewan hampir mentiskan air mata mendengarkan cerita Badrul. Kini Badrul sudah menjadi salah seorang jurutera di syarikat petroleum Petronas. Ibunya kini mampu tersenyum melihat kejayaan anaknya Badrul dan Badrul berjanji pada dirinya yang dia akan membahagiakan ibunya!

* * * * * *

masa mell dengar cerita ni, air mata mell mengalir...sesuatu dah sentuh hati mell...dan kini mell tahu apa motivasi dalaman mell....

"Manusia beroleh kejayaan dari linangan air mata"





mell janji pada diri mell~ mell akan tebus segala yang mell dah buat pada mama dan ayah...
mell tak nak tengok mama ayah nangis sebab mell lagi
mell dah banyak susahkan mereka...

MELL JANJI MELL GANTI BALIK!



 p/s : thanks pada yang sudi baca.semoga anda semua juga akan berjaya!



0 orang mendoakan:

Duit Poket