CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Thursday, July 8, 2010

Jalan Itu


jalan itu gelap
jalan itu terlalu jauh
sangat jauh dari jangkaan
namun ku gagahi
ku paksa kaki ini terus melangkah

ku toleh kiri kanan ku
gelap!

ya Tuhan,
kenapa begini sukar jalanan kau aturkan
berikan aku cahaya
walau hanya segaris
agar aku bisa melihat apa yang ada

tangan ku meraba ke kiri ke kanan
tiada sebarang objek bisa ku capai
ku atur langkah perlahan
seperti anak tangga!

ku daki, daki, dan daki
tingginya!
sungguh aku penat!
dada ku seperti kebejatan
aku terduduk di situ

terdengar bisikan halus di telinga




kau boleh! kau pasti boleh!


ya aku boleh!

ku teruskan perjalanan
dan di atas sana aku nampak segaris cahaya
yang lama kelamaan menjadi luas

kini aku terkeluar dari kegelapan itu
aku berjaya mendaki anak tangga yang tinggi itu
dan
aku telah berjaya!


*kawan,dalam hidup ini memang jalannya berliku,berombak,bergelombang, tapi percayalah takkan selamanya jalan kita begitu...di hujung sana pasti ada jalan yang lurus untuk kita lalui. Jangan kecewa jika kamu gagal.... kegagalan itulah pembakar semangat. setiap kejayaan itu bermula dari air mata...*



p/s : ini dari pengalaman mell sendiri ya.. =) chill!


glitter-graphics.com

3 orang mendoakan:

semut lelabah said...

jangan pilih jalan belakang. huhuhu

ozzy said...

salam..
yakinlah pada diri kerana itu senjata paling ampuh dalam kehidupan

Mellyana Sara said...

thanks ozzy.. :)

Duit Poket