CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Saturday, October 1, 2011

Bicara Hati





saat aku masih anak kecil
aku cuma fikir satu perkara
apa mainan kawan aku punya
aku mahu juga
mahu!
tak kira jadi apa 
aku mahu
hingga hentak kaki kerana ingin dipenuhi kehendak hati


*PAUSE*


saat aku melangkah dunia remaja
oh~ selamat datang anak muda
mungkin itu suaranya kalau mampu dunia remaja itu bersuara
lihat teman punya handphone walau cuma 3310 skrin tak berwarna
ah~ mahu juga!
peduli apa aku mahu jadi apa~
teman punya kasut beg jam tangan baru
oh~ aku juga mahu
membentak dengan ayahbonda
mahu dituruti nafsu naga aku


*PAUSE*


cukup usia delapan belas tahun
aku juga ingin dicintai dan mencintai
ah~ peduli apa jadi
asal saja hajat aku dituruti
namun apa jadi?
ia cinta plastik lelaki


*PAUSE*


kini dewasa
24 tahun
melihat teman punya keluarga
dilengkapi sang suami dan cahaya hati
aku juga ingin
tapi saat ini
bentak hati aku cuma satu ;


kata hati aku ini ;


Wahai gadis, jangan mahu orang itu mahumu juga. mahu orang biarkan saja. kamu ada jalan kamu sendiri. jika hanya mahu dituruti langkah orang, kecundang kamu nanti. biar saja mata kamu menatap indah kebahagiaan orang lain. kamu juga aka bahagia. suatu masa, akan datang bahagia itu tanpa kamu sedari. Wahai gadis, jangan sedih andai mahumu itu tak mampu kejari. Tuhan perancang terbaik. bersabar dan berdoa. Kamu bukan anak kecil atau remaja muda yang tahu membentak. Kamu sudah dewasa. Berfikir dengan akal waras kamu. :) Aku ini, hati kecil kamu akan selalu memperingati kamu dan ingat, kamu tidak sendiri kerana kamu ada aku dan Allah S.W.T.  Senyumlah. Pasti kau bahagia. 




p/s : talked to yourself is more easier than listen to others. Hey! People can't understands you well but you yourself can do it. :)

0 orang mendoakan:

Duit Poket