CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Friday, October 19, 2012

Memories




19 October 2012.

21 October ni ada Buku Jalanan Titi kat Taman Tasik Titiwangsa. Jadinya, aku dah plan awal-awal nak pergi. Dah bilang dengan mama, yang aku nak keluar seharian masa hari tu. Jadinya, memula aku fikir transport apa untuk cepat sampai ke Titi dari KL. Aku plan nak g Mid. Lepak sana sambil edit manuskrip. Pastu, rasa tak best. Then tukar nak pergi Pavi/TS/BB. Tapi aku rasa situ bukan tempat aku. Dah la kedai buku takde. Harap Times kat Pavi je. End up, ada satu tempat aku dah lama tak jejak. Ok tak, ada. Tapi 2 kali untuk tempoh 4 tahun ni yakni KLCC.


KLCC (2005-2008)


KLCC. Aku harap KLCC ini roboh 4 tahun dulu. Sebabnya kat sini aku mula kenal apa itu KL. Aku kenal pesen-pesen budak muda yang wujud kat tengah ibu kota yang kononnya semua orang nak jejak. Melepak kat sini dah jadi rutin tiap-tiap minggu. Segala fast food restaurant, segala jenis kedai roti ngan kek, kedai itu, ini, semua aku masuk. Sampai Habib Jewels pun kami singgah. Sebab? Aku suka design dia. :)
Jadi bila putus dulu, tempat pertama aku ban KLCC kemudian diikuti Times Square, Bukit Bintang dan last Mid. Yang lain, aku leh hadap lagi kecuali KLCC.

Sumpah weh! Kenangan semua tu. Bergambar kat taman. Duduk tengok air pancut. Makan A&W sambil tiup2 eskrem, 1st place yang kitorang date Burger King. KFC tu kalau beli, dok makan kat taman. Food court atas tu, tempat wajib lepak sambil tengok tasik. Damn~ Aku tak tahu kenapa kami kena putus dulu. Maybe aku dah tak cukup sabar nak melayan kerenah mata keranjang dia. Even aku tau, dalam hati dia cuma ada aku, tapi perangai suka layan perempuan dia buat aku give up.

3 tahun, aku naik bas, naik train, nak KTM, rapid, teksi, jalan kaki dari sini ke sana. Aku kenal barang-barang brand pasar malam, aku tahu shopping jalan TAR, aku kenal artis indie kat Malaysia. Dia. 

Dan hari ini, aku decide nak pergi KLCC semata nak pergi Kinokuniya. Tapi, untuk itu aku kena lalu depan tempat-tempat itu semua. Tah. Aku imagine begini ;

Aku turun dari Putra LRT, check out dari situ dan aku lalu kat terowong tu. Mula dari situ seolah-olah itu lalu aku untuk masuk satu kapsul masa untuk aku pergi ke tahun 2006. Dan sebaik sahaja aku sampai depan RotiBoy tu, semua bermula.

Aku akan nampak puluhan manusia berpusu-pusu di situ. Semua dengan hal dan tujuan masing-masing. Dan di situlah, aku akan nampak aku dan dia. Bersama. Bermesra. Manja. Manis. Aku akan follow imej tu, ikut ke mana mereka pergi. Dan dipenghujungnya, sebaik sahaja aku keluar dari situ, aku nangis. 

Confirm aku nangis.


Memory

Memory ini membunuh sebenarnya. Aku tak tahu, selain aku ada ramai lagi yang lebih selesa untuk hidup dengan mengenang ha;-hal yang lepas dari untuk terus moved on. Satu lah aku nak kata;

Moved on tu bukan macam kau bikin ABC. Kau kisar aisnya. Kemudian kau masukkan dalam mangkuk yang dah kau isi macam-macam. Cendol, cincau, kacang tanah, jagung, jeli. Apa saja, ikut suka kau. Kemudian atasnya, kau akan tambah gula merah dan perasa sirap lalu kau tuangkan susu. Nak sedap, kau tambah ais krim. 

Shit! Ingat senang buat ABC? Kenangan ni macam ABC. Kau campur macam-macam. Semua yang kau suka. Kemudian kau makan lalu dihadam. ABC tadi dah jadi darah daging. Jadi darang daging, artinya dah sebati. Macam mana nak buang?

Manusia hidup dalam kenangan manusia yang menghargai.
Memanglah sakit. Tipu tak sakit.
Tapi macam mana kau nak atasi sakit itu.

Kenangan, jangan kau buang. Itu kau ibaratkanlah macam zuriat kau.
Kau kena simpan. Simpan cantik-cantik.
Tidak-tidak, diwaktu kau sunyi nanti kau akan ada sesuatu untuk kau ingat.

:')

Nanti, nampak aku check in kat foursquare yang aku kat KLCC,
tahniahkan aku.
Sebab waktu tu, aku dah mampu atasi satu hal yang agak besar dalam hidup aku.


entry hari ni banyak gambar. :) 
sorry kalau annoying.



5 orang mendoakan:

Ariff Masrom said...

Awak kuat. Awak kan kakak saya. :)

Mellyana Sara said...

Hahahaha! Awak ni manis lah!

Ariff Masrom said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mellyana Sara said...

ah! ter-remove komen. hahahaha! ya. awak manis. manis cam saya. kah kah kah!

zack mus said...

tabah kan hati ye

Duit Poket