CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Tuesday, November 13, 2012

Sesuatu Yang Hilang


Pagi itu, sewaktu aku bangun dari tidur aku sedar sesuatu yang tidak kena. Rasa kehilangan. Tapi aku tak pasti apa yang hilang. Duduk berteleku di atas katil, aku cuba berfikir. Buntu. Aku periksa anggota badan, sempurna. Aku cuba selongkar segala ceruk yang ada. Segala yang bersusun kemas habis berselerakan. Masih tak bertemu. Aku cari di bawah katil, di tepi almari pakaian masih tak jumpa. Kemudian, aku keluar dari bilik dan berjalan ke ruang tamu. Duduk di sofa dan termenung. Cuba mengingati apa sebenarnya yang hilang hingga aku rasa serba kekurangan pagi ini. 

Aku perhatikan sekeliling. Keadaan perabot masih sama. Masih di kedudukan asal. Aku melangkah ke daput dan perhatikan setiap sudut. Masih juga sama. Tiada yang berubah. Tapi kenapa rasa kehilangan itu semakin kuat. Aku keluar ke halaman rumah. Dan di waktu itu baru aku sedar bahawa aku kehilangan sesuatu yang amat berharga. Segalanya bagai terundur ke belakang. Dan sekelip mata, aku kembali ke malam itu. Malam aku kehilangannya. 

Dia duduk di sofa dengan sebuah sampul surat berwarna putih. Dan aku waktu itu baru pulang dari berhibur dengan teman-teman. Sebaik sahaja aku muncul di muka pintu, tanpa menunggu lama dia mengarahkan aku duduk di sofa di hadapannya. Yang memisahkan kami cuma sebuah meja kopi. Sampul surat putih bertukar tangan. 

Dengan penuh debar, aku keluarkan isinya. Beberapa keping foto aku sedang berpelukan dengan lelaki. Di mana lelaki bagi setiap foto itu berbeza. Aku menikus melihatnya.

"Siapa mereka?"
"Kawan?"
"Kawan dan berpelukan?"

Aku diam dan menunduk.

"Siapa saya?"
"Suami saya?"

Dia bangun menghampiriku dan pipi mulusku ditamparnya kuat.

"Saya suami awak dan awak berpelukan dengan mereka. Saya suami awak dan awak berpoya dengan mereka. Saya suami awak dan awak....Saya tak cukup baik untuk awak?"

Wajahku dipaut kasar hingga aku terdongak melihatnya. Pandangan matanya yang mencerlung menakutkan aku.

"Tak cukup cinta sayang saya beri? Wang ringgit ini semua tak cukup?"
"Saya ingin anak."
"Lalu awak melayan mereka semua?"
"Siapa tahu dari antara mereka saya bakal punya zuriat."
"Dan awak bangga meski benih itu bukan dari saya?"
"Dah awak tak mampu."

Dia mengeluh perlahan lalu kembali ke sofa dan berlabuh di situ. Kedua tangannya didepakan.

"Saya lakukan macam-macam demi membahagiakan wanita yang saya cintai dan awak tak pernah hargai. Saya betul kecewa."
"Saya tak kecewa? Bertahun saya kahwin dan rumah ini sunyi. Awak tak pernah ada. Sibuk terbang sini sana. Ada awak fikir apa saya rasa?"
"Dan awak salahkan saya?"
"Memang salah awak."

Mukanya memerah. Tanpa sepatah kata, dia berlalu meninggalkanku dan kembali dengan sebuah beg besar. Sebaik sahaja dia sampai di hadapan pintu utama dia berhenti dan menoleh ke arah.

"Selepas bertahun-tahun, ini yang saya dapat. Selepas macam-macam yang saya lakukan, ini balasan awak pada saya. Semoga nanti awak akan sedar betapa penting saya dalam hidup awak dan semoga di waktu itu, hati ini masih terbuka untuk awak. Bermula hari ini, awak saya ceraikan dengan talak satu. "

Dan selepas itu, aku tahu dia takkan pulang lagi.  

2 orang mendoakan:

Crack said...

Saya cuba decide siapa yang salah antara suami isteri ni, suami yang terlalu busy or isteri yang curang... hurm.. Allah saja yang maha mengetahui.. *emo plak baca..nice writing Mell*

Mellyana Sara said...

thanks. :)

Duit Poket