CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Thursday, January 10, 2013

Satu Hari Yang Cerah





Mungkin kau selalu tertanya sendiri,
Pada Tuhan pada semua yang ada di sisi,

Kenapa orang lain boleh hidup bahagia,
Dengan cinta dengan apa yang dicita,
Tapi kau terpuruk merenung awan hitam,
Yang tak mahu bergerak pergi.

Kau mungkin lupa yang nasib manusia itu tak sama.
Kau begini, mereka mungkin begitu.
Kalau semua kisahnya sama, dunia ini pasti rasa sunyi.
Melihat sesuatu yang sama setiap hari.

:)

Dengar ya,

Hari ini mungkin kau bersedih,
Kau hampa dengan apa yang tertulis.
Namun Tuhan bukanlah sekejam mana,
Sudah dilukis indah pelangi di hujung masa,
Untuk kau menari, berdansa, bahagia,
Cuma kau perlukan SABAR di jiwa,
Insya Allah, bahagia buat kau nantinya.

Aku bukanlah pengucap kata cinta,
Atau pelakon hebat pentas dunia,
Cuma satu hal, yakni ;

Pernah dulu aku sakit.
Sakit atas nama kegagalan.
Aku jatuh nun jauh ke dalam gaung paling dalam.
Aku perna terfikir yang selamanya aku akan hidup di dalam sana.
Tapi aku silap.

Siapa tahu yang adanya satu hari yang cerah untuk aku,
Dan ada sepasang tangan menghulurkan bantuan dan menarik aku kembali ke atas bumi Tuhan.

Jadi, 
Bersabarlah kiranya kau sedang dalam hampa.
Sesunggunya Tuhan sedang berbicara dengan kau.
Jawablah dengan doa-doa yang tak pernah putus.

Insya Allah,
Satu hari yang cerah akan tiba buat kau nanti.

:)

Selamat malam.



2 orang mendoakan:

Mia said...

aku tahu , segala luka , perit , pedih , ada hikmah nya :) harap kau bai2 juga ya .

Mellyana Sara said...

Terima kasih.

Jujut dulu aku benci apa yang jadi dalam hidup aku. Tapi akhirnya aku sedar, siapa aku nak lawan takdir Tuhan. :)

Hadapi dengan senyuman kalau kau dalam kehampaan.

Duit Poket