CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

Duit Beli Galaxy Note

Love Story

Daisypath Anniversary tickers


Monday, February 4, 2013

Sabar, Hari Kau Pasti Tiba






Menangis kerana cinta? Aku tak tahu ini benar atau cuma omong manusia lain yang setiap orang itu paling tidak sekali, mereka akan menagis kerana cinta.

Sebab yang paling nyata, putus cinta. 

Kalau ditanya pada aku, berkali rasanya atau mungkin beribu kali aku menangis hanya semata kerana cinta. Phew. 3 orang kekasih aku dijemput Tuhan gara-gara kanser. Entah. Kenapa aku sering diuji dengan penyakit yang sama. Mungkin, sebab itu bila mana orang bercerita tentang mereka kehilangan orang mereka sayang kerana kematian, aku cuma mampu ucap kata takziah. Selebihnya, mendoakan mereka kuat dan tabah. Lebih tabah dari aku. 

Dan seorang kekasih aku, curang berkali. Ya, berkali-kali hingga pada kali terakhirnya aku tak mampu simpan sakit di hati dan aku sendiri yang minta kami putuskan hubungan tu. Bodoh rasanya sebab masih setia. Patutnya, diawalnya lagi aku tamatkan saja hubungan tu. 



Kekasih seterusnya, Iman. Iman yang aku selalu war-warkan. Yang mana namanya sentiasa ada di blog ni dulu. Dia, datang dan pergi begitu saja. Dan kebodohan aku semakin ketara sebab pernah percaya dengan lafaz kata dia akan tunggu aku dulu. Bangang sungguh~ Dia datang, hilang untuk sebulan dan kemudian kembali tapi dengan status teman lelaki Fazura (nama awek dia) dan kemudian, hadir macam biskut chipsmore. Ada-tiada-ada-tiada-ada-tiada hinggalah 8 Jun 2012, dia terus menghilangkan diri dan buat aku macam orang gila. 

- - - - 

Hingga akhirnya aku jumpa Ferd. Sungguh, syukur aku pada Tuhan selepas berkali-kali dia uji aku dengan hubungan begini, Dia ganti semula dengan sesuatu yang berharga. Aku akui, Ferd bukanlah lelaki romantis macam yang selalu aku wujudkan dalam watak-watak hero yang aku tulis. Tapi, dia ada ciri-ciri yang aku perlu. Hikhikhik!

Jadinya,
Bila ditanya apa kau tak serik bercinta? Apa kau tak serik dengan rasa kecewa? Apa kau tak serik berendam air mata?

Jawapan aku,
Kalau kau sendiri takut dengan sakit putus cinta, buat apa bercinta? Tak payah bercinta. Tak sakit. =)




Semoga, korang jumpa apa yang korang cari. Aku tahu, kadang kau sendiri lelah. Tapi, percayalah. Tuhan tu tak kejam. Sekejap je Dia uji kau dengan macam-macam dugaan. Nanti, bila kelelahan kau terbayar, kau akan jumpa apa yang dicari.

Bye!


4 orang mendoakan:

Ferd said...

gua memang tak romantik, tapi gua sayang lu sangat2 :)

Mellyana Sara said...

Alahai. *melting*

Zuemiey Khairuddin said...

sungguh aku kata,kita memang akan jumpa macam-macam jenis orang. dan kita akan disakiti dengan macam-macam cara. tapi percayalah,Allah maha tahu sejauh mana limit kita dan Dia akan temukan kita dengan seseorang yang mampu membuat kita lupa semua sakit kita. selamat bercinta dinda..

Mellyana Sara said...

Mungkin,
Tuhan dah bayar balik titis air mata dinda lama dulu dengan bahagia yang melimpah.

:)

Thanks kanda selalu dengar keluh resah dinda ditinggalkan dia dulu.

Duit Poket